COVID-19: Kes Harian Baharu Meningkat Enam Peratus Untuk Enam Hari

<
span style="font-size:14px">Oleh Melati Mohd Ariff

Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 11 Feb hingga pukul 12:00tgh 17 Feb 2023.

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 5.04 juta kes. Di peringkat global, lebih 678 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.78 juta kes. Jumah pesakit COVID-19 yang sembuh dilaporkan lebih 650 juta.

Pandemik COVID-19 yang masuk tahun keempat merebak ke 229 buah negara dan wilayah.

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Kes harian baharu COVID-19 meningkat sekitar enam peratus untuk tempoh 11 Februari hingga 16 Februari 2023 kepada 1,301 berbanding tempoh yang sama minggu sebelumnya iaitu 1,230 kes (4 Feb-9 Feb 2023).

Semalam (16 Februari), sebanyak 281 kes harian baharu COVID-19 dilaporkan oleh Kementeriam Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu yang tertinggi untuk minggu ini, termasuk satu (1) kes import. Tiada kes kematian dilaporkan semalam dan sifar kes kematian juga dicatat pada 12 Februari.

Menurut data KKMNOW KKM, setakat pukul 11:59mlm, 16 Feb 2023, Malaysia masih mempunyai 9,399 kes aktif COVID-19 dan daripada jumlah itu, 9,072 kes (96.5 peratus) menjalani kuarantin di rumah.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan Titah Diraja sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen. Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Daripada 281 kes harian baharu semalam, hanya Selangor melaporkan kes tiga angka (105) dan tiga negeri kes dua angka iaitu WP Kuala Lumpur (89), Melaka (15) dan Johor (10).

Kes satu angka dilaporkan di Kedah (8), Sarawak (8), Negeri Sembilan (8), Pahang (8), Perak (8), WP Putrajaya (7), Terengganu (6), Kelantan (5), Sabah (2), Perlis (1) dan Pulau Pinang (1).

WP Labuan mencatat kes sifar COVID-19.

Secara keseluruhannya, sehingga semalam (16 Februari), Malaysia merekod sebanyak 5,040,368 kes COVID-19, kes sembuh 4,994,015 dan 36,954 kes kematian. Pandemik COVID-19 mula melanda Malaysia pada 25 Januari 2020. Pada 1 April 2022, Malaysia memasuki fasa peralihan ke endemik.

Malaysia kini menduduki tangga 28 daripada 229 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Chile (5,144,220 kes) dan Ukraine (5,382,095 kes).

Dalam kalangan 229 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Jepun mencatat kes harian baharu tertinggi (21,347) diikuti Amerika Syarikat (13,393) dan Korea Selatan (12,519).

Amerika Syarikat mencatat jumlah kes kematian akibat COVID-19 tertinggi iaitu 1,141,862 kes.

 

Pasukan MAS-10 di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) terdiri daripada Pasukan SMART, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia bersama pasukan bantuan tempatan melakukan operasi mencari dan menyelamat akibat gempa di Nurdagi, Gaziantep. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Berikut kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 11 Feb-16 Feb 2023:-

11 Feb (259), 12 Feb (160), 13 Feb (164), 14 Feb (200), 15 Feb (237) dan 16 Feb (281).

 

Kes baharu COVID-19 Rangkuman Mingguan Bernama 4 Feb hingga 10 Feb 2023:-

4 Feb (202), 5 Feb (211), 6 Feb (175), 7 Feb (184), 8 Feb (189), 9 Feb (269) dan 10 Feb (255).

 

Sementara itu, negara jiran Singapura dilaporkan beralih daripada fasa akut pandemik kepada norma baharu COVID-19 endemik mulai 13 Februari 2023, berikutan keadaan di republik itu kekal stabil sejak beberapa bulan lepas. Untuk rekod, kes harian baharu COVID-19 dua hari di Republik itu sebelum beralih ke fasa endemik ialah 324 kes pada 11 Februari dan 244 kes pada 12 Februari.

 

SENARIO COVID-19 DI MALAYSIA

Guru Haslina Hassan (dua, kiri) memeluk murid darjah enam Sekolah Kebangsaan Serada selepas tamat sesi persekolahan 2022. Cuti persekolahan bagi negeri Terengganu, Kedah, Johor dan Kelantan akan bermula 17 Februari sehingga 18 Mac 2023. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

(Data KKMNOW setakat pukul 11:59mlm 16 Feb 2023)

Malaysia masih mempunyai 9,399 kes aktif COVID-19, dan sebanyak 9,072 (96.5 peratus) dikuarantin di rumah.

Sifar (0) di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC); 319 kes (3.4 peratus) di hospital; 6 kes (0.1 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 2 (0 peratus) di ICU memerlukan ABP.

Untuk rekod, terdapat lima tahap jangkitan COVID-19, iaitu

Tahap 1 - Tidak menunjukkan sebarang gejala

Tahap 2 - Bergejala ringan, tiada radang paru-paru

Tahap 3 - Bergejala, mengalami radang paru-paru

Tahap 4 - Bergejala, mengalani radang paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen

Tahap 5 - Bergejala kritikal, memerlukan rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU)

 

Kes sembuh:-

Pelumba Repsol Honda Team (dari kiri), Marc Marquez; pelumba Gresini Racing MotoGP, Alex Marquez dan pelumba LCR Honda Castrol, Alex Rins beraksi pada Sesi Ujian Pra Musim MotoGP 2023 di Litar Antarabangsa Sepang. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

11 Feb (390), 12 Feb (358), 13 Feb (254), 14 Feb (155), 15 Feb (215) dan 16 Feb (257).

*kes kumulatif sembuh setakat pukul 11:59mlm 16 Feb 2023 sebanyak 4,994,015.

 

Kes import

11 Feb (5), 12 Feb (1), 13 Feb (2), 14 Feb (1), 15 Feb (1) dan 16 Feb (1).

 

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

11 Feb (9,599), 12 Feb (9,401), 13 Feb (9,310), 14 Feb (9,354), 15 Feb (9,375) dan 16 Feb (9,399).

 

Kuarantin Di Rumah

11 Feb (9,268), 12 Feb (9,068), 13 Feb (8,978), 14 Feb (9,010), 15 Feb (9,050) dan 16 Feb (9,072).

 

Perincian kes harian baharu (281 kes) :-

*mengikut negeri, setakat pukul 11:59mlm 16 Feb 2023

*(+kes import)

Status Terkini COVID-19 Malaysia. Kes Baharu mengikut Negeri. Sumber: KKM

Kes tiga angka - Selangor 105 (+0).

Kes dua angka - WP Kuala Lumpur 88 (+1), Melaka 15 (+0) dan Johor 10 (+0).

Kes satu angka - Kedah 8 (+0), Sarawak 8 (+0), Negeri Sembilan 8 (+0), Pahang 8 (+0), Perak 8 (+0), WP Putrajaya 7 (+0), Terengganu 6 (+0), Kelantan 5 (+0), Sabah 2 (+0), Perlis 1 (+0) dan Pulau Pinang 1 (+0).

Kes sifar - WP Labuan.

 

Rekod kes baharu, kes kumulatif dan kes import:-

11 Feb - Kes baharu 259; Kumulatif kes 5,039,326; Kes import 5

12 Feb - Kes baharu 160; Kumulatif kes 5,039,486; Kes import 1

13 Feb - Kes baharu 164; Kumulatif kes 5,039,650; Kes import 2

14 Feb - Kes baharu 200; Kumulatif kes 5,039,850; Kes import 1

15 Feb - Kes baharu 237; Kumulatif kes 5,040,087; Kes import 1

16 Feb - Kes baharu 281; Kumulatif kes 5,040,368; Kes import 1

 

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal RT PCR dijalankan.

11 Feb - 1(BID 0), 12 Feb - 0 (BID 0), 13 Feb - 1 (BID 0), 14 Feb - 1 (BID 0), 15 Feb - 1 (BID 0) dan 16 Feb - 0 (BID 0).

*Jumlah kes kematian setakat pukul 11:59mlm 16 Feb 2023 sebanyak 36,954.

 

STATISTIK GLOBAL COVID-19

Statistik Terkini COVID-19 di Seluruh Dunia dan Ringkasan Kes COVID-19 di Malaysia. worldometers.info/coronavirus

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah sebanyak 678,255,510 berbanding 677,291,879 kes pada minggu sebelumnya dengan 6,787,547 kematian. Jumlah kes kematian minggu lepas adalah sebanyak 6,780,650 kes.

Kes sembuh terkini sebanyak 650,837,417 berbanding 649,848,761 kes pada minggu sebelumnya.

Sebanyak 229 negara/wilayah dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Perancis, Jerman, Brazil, Jepun, Korea Selatan, Itali, United Kingdom dan Rusia.

 

Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:- *Tiada maklumat (NA).

Amerika Syarikat 104,918,830 (+13,393)

India 44,684,502 (+NA)

Perancis 39,578,468 (+4,021)

Jerman 37,970,357 (NA)

Brazil 36,970,513 (+9,625)

Jepun 33,040,963 (+21,347)

Korea Selatan 30,397,220 (+12,519)

Itali 25,519,067 (NA)

United Kingdom 24,315,983 (NA)

Rusia 22,121,725 (+14,740)

 

Berikut adalah negara di Asia Tenggara, di samping Malaysia, dengan pecahan kes kumulatif

COVID-19 dan (+kes harian baharu):-*Tiada maklumat (NA).

Vietnam di tangga 13 - 11,526,786 (+13)

Indonesia di tangga 20 - 6,733,697 (+219)

Malaysia di tangga 28 - 5,040,368 (+281)

Thailand di tangga 31 - 4,727,628 (NA)

Filipina di tangga 37 - 4,075,073 (+199)

Singapura di tangga 45 - 2,222,006 (+NA)

Myanmar di tangga 84 - 633,877 (+2)

Brunei di tangga 106 - 276,825 (NA)

Laos di tangga 113 - 218,006 (+5)

Kampuchea di tangga 125 - 138,705 (+NA)

 

-------------------------------------------------------------------------

LATAR BELAKANG COVID-19

-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina. - Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.

-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020 akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

-- WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

-- Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2), pertama kali dikesan di India pada penghujung tahun 2020.

-- Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

-- WHO mengumumkan kes VOC B.1.1.529 yang kemudiannya dinamakan Omicron pada 26 Nov 2021. Varian Omicron pertama kali dikesan di Wilayah Gauteng, Afrika Selatan.

-- Saintis di Institute IHU Mediterranee Infection, Perancis, mengenalpasti varian baharu pada penghujung November 2021, secara saintifik dikenali sebagai B.1.640.2 dengan mempunyai 46 mutasi dan menggelarkannya, IHU.

-- Israel mengesahkan kes pertama individu dijangkiti ‘Flurona’ iaitu kes Influenza dan COVID-19 secara serentak (2 Jan 2022).

-- 1 April 2022 - Malaysia masuk ke fasa peralihan ke endemik sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.

-- 1 Mei 2022 - beberapa kelongaran protokol Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan daftar masuk serta status vaksinasi MySejahtera.

-- Malaysia kini berada dalam fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022 sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.

-- Senario fasa pra endemik di Malaysia menunjukkan dominasi varian XBB, hasil survelan genomik SARS-CoV-2 (virus yang mencetuskan penyakit COVID-19) di negara ini sepanjang Disember 2022 iaitu merangkumi sebanyak 55.4 peratus, diikuti varian BA.2.75 (20.8 peratus) dan varian BQ.1 (10.8 peratus).

-- Varian XBB masih varian utama yang menular dalam kalangan penduduk Malaysia sejak bulan Oktober 2022. Kedua-dua varian XBB dan BA.2.75 adalah sejenis varian Lineage Under Monitoring (LUM) WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia).

-- Salah satu subvarian Omicron yang pada asalnya dikesan pada Oktober 2022 ialah XBB.1.5 - rekombinan dua BA.2 sublineage - diberitakan sedang meningkat di Amerika Syarikat serta Eropah dan dikenal pasti di lebih 25 buah negara. Para pakar menggelarkan strain Omicron XBB.1.5 ini dengan nama ‘Kraken’ yang berpotensi mencetuskan gelombang besar COVID-19. WHO dilaporkan sedang membuat penilaian risiko strain XBB.1.5 ini.

-- Di negara China, varian BA.5.2 dan varian BF.7 merangkumi lebih kurang 80 peratus daripada varian yang menular di negara berkenaan pada masa ini.

-- Daripada kes harian baharu yang pernah memuncak melebih 30 ribu (33,406 pada 5 Mac 2022), kes harian baharu COVID-19 negara menyusut dengan kes terendah sebanyak 101 dilaporkan pada 24 Januari 2023. Untuk rekod, jumlah kes aktif COVID-19 negara pada 5 Mac 2022 adalah sebanyak 311,206.

 

BERNAMA

 

 

 

 

 

© 2025 BERNAMA. Hak Cipta Terpelihara.