<
strong>Oleh Melati Mohd Ariff
Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 18 Feb hingga pukul 12:00tgh 24 Feb 2023.
Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 5.04 juta kes. Di peringkat global, lebih 679 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.79 juta kes. Jumah pesakit COVID-19 yang sembuh dilaporkan lebih 652 juta.
Pandemik COVID-19 yang masuk tahun keempat merebak ke 229 buah negara dan wilayah.6
KUALA LUMPUR (Bernama) -- Kes harian baharu COVID-19 Malaysia kekal bawah 250 sepanjang tempoh Rangkuman Bernama 18 Feb-23 Feb 2023, dengan jumlah sebanyak 1,202 kes, susut sekitar lapan peratus berbanding tempoh yang sama 11 Feb-16 Feb.
Semalam (23 Februari), Malaysia mencatat 224 kes harian baharu COVID-19 termasuk satu (1) kes import dan sifar kes kematian. Tiada kes kematian dilaporkan untuk dua hari berturut-turut sebelum ini iaitu pada 22 Feb dan 21 Feb.
Menurut data KKMNOW Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), setakat pukul 11:59mlm, 23 Feb 2023, Malaysia masih mempunyai 9,270 kes aktif COVID-19 dan daripada jumlah itu, 8,952 kes (96.6 peratus) kuarantin di rumah.
Kanak-kanak leka bermain air yang disiram oleh anggota Bomba dan Penyelamat ketika Majlis Khatan Perdana Parlimen Lembah Pantai di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, Kuala Lumpur. --fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA
Secara keseluruhannya, sehingga semalam (23 Februari), Malaysia merekod sebanyak 5,041,811 kes COVID-19, kes sembuh 4,995,584 dan 36,957 kes kematian. Pandemik COVID-19 mula melanda Malaysia pada 25 Januari 2020. Pada 1 April 2022, Malaysia memasuki fasa peralihan ke endemik.
Daripada 224 kes semalam, lima (5) negeri/wilayah mencatat kes dua (2) angka, didahului oleh Selangor (66), WP Kuala Lumpur (57), Melaka (19), Sarawak (18) dan Perak (16).
Kes satu angka dilaporkan di Pulau Pinang (9), Johor (8), Negeri Sembilan (7), Sabah (5), Kedah (5), Kelantan (5), WP Putrajaya (4), Terengganu (4) dan Pahang (1).
Kes sifar - WP Labuan dan Perlis.
Dengan 5,041,811 kes kumulatif COVID-19, Malaysia kini menduduki tangga 28 daripada 229 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Chile (5,156,519 kes) dan Ukraine (5,382,095 kes).
Sebahagian barang sumbangan yang akan dimasukkan ke dalam pesawat bagi bantuan kemanusiaan gempa bumi ke Syria di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang. --fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA
Dalam kalangan 229 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Jepun mencatat kes harian baharu tertinggi (15,193) diikuti Rusia (14,721) dan Taiwan (14,387).
Amerika Syarikat mencatat jumlah kes kematian akibat COVID-19 tertinggi iaitu102,534,080 kes.
Berikut kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 18 Feb-23 Feb 2023:-
18 Feb (212), 19 Feb (186), 20 Feb (167), 21 Feb (184), 22 Feb (229) dan 23 Feb (224).
Kes baharu COVID-19 Rangkuman Mingguan Bernama 11 Feb hingga 17 Feb 2023:-
11 Feb (259), 12 Feb (160), 13 Feb (164), 14 Feb (200), 15 Feb (237), 16 Feb (281) dan 17 Feb (241).
SENARIO COVID-19 DI MALAYSIA
Warga Kuantan menghabiskan cuti hujung minggu bersama keluarga dengan melakukan aktiviti berkelah dan mandi manda di Pusat Perkelahan dan Rekreasi Air Terjun Hutan Lipur Sungai Pandan. --fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA
(Data KKMNOW setakat pukul 11:59mlm 23 Feb 2023)
Malaysia masih mempunyai 9,270 kes aktif COVID-19, dan 8,952 kes (96.6 peratus) dikuarantin di rumah.
Sifar (0) di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC); 309 kes (3.3 peratus) di hospital; 2 kes (0 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 7 (0.1 peratus) di ICU memerlukan ABP.
Untuk rekod, terdapat lima tahap jangkitan COVID-19, iaitu
Tahap 1 - Tidak menunjukkan sebarang gejala
Tahap 2 - Bergejala ringan, tiada radang paru-paru
Tahap 3 - Bergejala, mengalami radang paru-paru
Tahap 4 - Bergejala, mengalani radang paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen
Tahap 5 - Bergejala kritikal, memerlukan rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU)
Kes sembuh:-
Seorang kanak-kanak dilihat begitu khusyuk membaca buku semasa meluangkan masa sempena sesi cuti persekolahan di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan. --fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA
18 Feb (310), 19 Feb (158), 20 Feb (169), 21 Feb (192), 22 Feb (227) dan 23 Feb (278).
*kes kumulatif sembuh setakat pukul 11:59mlm 23 Feb 2023 sebanyak 4,995,584.
Kes import
18 Feb (1), 19 Feb (5), 20 Feb (7), 21 Feb (3), 22 Feb (0) dan 23 Feb (1).
Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-
18 Feb (9,306), 19 Feb (9,333), 20 Feb (9,330), 21 Feb (9,322), 22 Feb (9,324) dan 23 Feb (9,270).
Kuarantin Di Rumah
18 Feb (8,968), 19 Feb (9,000), 20 Feb (8,983), 21 Feb (8,986), 22 Feb (9,001) dan 23 Feb (8,952).
Perincian kes harian baharu (224 kes) :-
*mengikut negeri, setakat pukul 11:59mlm 23 Feb 2023
*(+kes import)
Status Terkini COVID-19 Malaysia. Kes Baharu mengikut Negeri. Sumber: KKM
Kes dua angka - Selangor 66 (+0), WP Kuala Lumpur 57 (+0), Melaka 19 (+0), Sarawak 18 (+0) dan Perak 16 (+0).
Kes satu angka - Pulau Pinang 9 (+0), Johor 8 (+0), Negeri Sembilan 7 (+0), Sabah 5 (+0), Kedah 5 (+0), Kelantan 4 (+1), WP Putrajaya 4 (+0), Terengganu 4 (+0) dan Pahang 1 (+0).
Kes sifar - WP Labuan dan Perlis.
Rekod kes baharu, kes kumulatif dan kes import:-
18 Feb - Kes baharu 212; Kumulatif kes 5,040,821; Kes import 1
19 Feb - Kes baharu 186; Kumulatif kes 5,041,007; Kes import 5
20 Feb - Kes baharu 167; Kumulatif kes 5,041,174; Kes import 7
21 Feb - Kes baharu 184; Kumulatif kes 5,041,358; Kes import 3
22 Feb - Kes baharu 229; Kumulatif kes 5,041,587; Kes import 0
23 Feb - Kes baharu 224; Kumulatif kes 5,041,811; Kes import 1
Rekod kes kematian:-
*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal RT PCR dijalankan.
18 Feb - 1(BID 0), 19 Feb - 1 (BID 0), 20 Feb - 1 (BID 1), 21 Feb - 0 (BID 0), 22 Feb - 0 (BID 0) dan 23 Feb - 0 (BID 0).
*Jumlah kes kematian setakat pukul 11:59mlm 23 Feb 2023 sebanyak 36,957.
STATISTIK GLOBAL COVID-19
Statistik Terkini COVID-19 di Seluruh Dunia dan Ringkasan Kes COVID-19 di Malaysia. worldometers.info/coronavirus
Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah sebanyak 679,302,460 berbanding 678,488,442 kes pada minggu sebelumnya dengan 6,795,897. Jumlah kes kematian minggu lepas adalah sebanyaj 6,790,066.
Kes sembuh terkini sebanyak 652,101,804 berbanding 651,025,080 kes pada minggu sebelumnya.
Sebanyak 229 negara/wilayah dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Perancis, Jerman, Brazil, Jepun, Korea Selatan, Itali, United Kingdom dan Rusia.
Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:- *Tiada maklumat (NA).
Amerika Syarikat 105,161,023 (+12,094)
India 44,685,450(+NA)
Perancis 35,605,037 (+4,489)
Jerman 37,986,750 (NA)
Brazil 37,008,944 (+11,616)
Jepun 33,151,209 (+15,193)
Korea Selatan 30,469,702 (+10,845)
Itali 25,547,414 (NA)
United Kingdom 24,341,615 (NA)
Rusia 22,218,663 (+14,721)
Berikut adalah negara di Asia Tenggara, di samping Malaysia, dengan pecahan kes kumulatif
COVID-19 dan (+kes harian baharu):-*Tiada maklumat (NA).
Vietnam di tangga 13 - 11,526,870 (+12)
Indonesia di tangga 20 - 6,734,818 (+NA)
Malaysia di tangga 28 - 5,041,811 (+224)
Thailand di tangga 31 - 4,727,628 (NA)
Filipina di tangga 37 - 4,075,812 (+150)
Singapura di tangga 45 - 2,222,006 (+NA)
Myanmar di tangga 84 - 633,905 (+2)
Brunei di tangga 106 - 276,825 (NA)
Laos di tangga 113 - 218,014 (+2)
Kampuchea di tangga 125 - 138,713 (+NA)
-------------------------------------------------------------------------
LATAR BELAKANG COVID-19
-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina. - Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.
-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020 akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.
-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).
-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.
-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).
-- WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.
-- Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2), pertama kali dikesan di India pada penghujung tahun 2020.
-- Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)
-- WHO mengumumkan kes VOC B.1.1.529 yang kemudiannya dinamakan Omicron pada 26 Nov 2021. Varian Omicron pertama kali dikesan di Wilayah Gauteng, Afrika Selatan.
-- Saintis di Institute IHU Mediterranee Infection, Perancis, mengenalpasti varian baharu pada penghujung November 2021, secara saintifik dikenali sebagai B.1.640.2 dengan mempunyai 46 mutasi dan menggelarkannya, IHU.
-- Israel mengesahkan kes pertama individu dijangkiti ‘Flurona’ iaitu kes Influenza dan COVID-19 secara serentak (2 Jan 2022).
-- 1 April 2022 - Malaysia masuk ke fasa peralihan ke endemik sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.
-- 1 Mei 2022 - beberapa kelongaran protokol Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan daftar masuk serta status vaksinasi MySejahtera.
-- Malaysia kini berada dalam fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022 sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.
-- Senario fasa pra endemik di Malaysia menunjukkan dominasi varian XBB, hasil survelan genomik SARS-CoV-2 (virus yang mencetuskan penyakit COVID-19) di negara ini sepanjang Disember 2022 iaitu merangkumi sebanyak 55.4 peratus, diikuti varian BA.2.75 (20.8 peratus) dan varian BQ.1 (10.8 peratus).
-- Varian XBB masih varian utama yang menular dalam kalangan penduduk Malaysia sejak bulan Oktober 2022. Kedua-dua varian XBB dan BA.2.75 adalah sejenis varian Lineage Under Monitoring (LUM) WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia).
-- Salah satu subvarian Omicron yang pada asalnya dikesan pada Oktober 2022 ialah XBB.1.5 - rekombinan dua BA.2 sublineage - diberitakan sedang meningkat di Amerika Syarikat serta Eropah dan dikenal pasti di lebih 25 buah negara. Para pakar menggelarkan strain Omicron XBB.1.5 ini dengan nama ‘Kraken’ yang berpotensi mencetuskan gelombang besar COVID-19. WHO dilaporkan sedang membuat penilaian risiko strain XBB.1.5 ini.
-- Di negara China, varian BA.5.2 dan varian BF.7 merangkumi lebih kurang 80 peratus daripada varian yang menular di negara berkenaan pada masa ini.
-- Daripada kes harian baharu yang pernah memuncak melebih 30 ribu (33,406 pada 5 Mac 2022), kes harian baharu COVID-19 negara menyusut dengan kes terendah sebanyak 101 dilaporkan pada 24 Januari 2023. Untuk rekod, jumlah kes aktif COVID-19 negara pada 5 Mac 2022 adalah sebanyak 311,206.
BERNAMA