COVID-19: Jumlah Kes Seminggu 1,406 Susut Sembilan Peratus

<
span style="font-size:14px">Oleh Melati Mohd Ariff

Berikut adalah Rangkuman TERKINI Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 18 Feb hingga pukul 11:59mlm 24 Feb 2023.

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 5.04 juta kes. Di peringkat global, lebih 679 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.79 juta kes. Jumah pesakit COVID-19 yang sembuh dilaporkan lebih 652 juta.

Pandemik COVID-19 yang masuk tahun keempat merebak ke 229 buah negara dan wilayah.

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Malaysia mencatat 1,406 kes harian baharu COVID-19 untuk tempoh seminggu (18 Feb-24 Feb 2023), susut sekitar sembilan (9) peratus berbanding seminggu lepas.

Angka kes harian masih di bawah 250 sepanjang Rangkuman Mingguan Bernama ini dengan kes tertinggi dicatat pada 23 Feb iaitu 224 kes. Untuk rekod, angka kes harian tertinggi untuk bulan Februari 2023 setakat ini adalah pada 3 Feb sebanyak 340 kes.

Semalam (24 Februari), sebanyak 204 kes harian baharu COVID-19 dilaporkan termasuk lima (5) kes import. Tiada kes kematian semalam dan juga untuk tiga hari berturut-turut sebelum itu, 24 Feb, 22 Feb dan 21 Feb.

Anak kecil warga Turkiye memberikan sejambak bunga kepada salah seorang anggota penyelamat Malaysia bagi menyambut ketibaan Anggota Kumpulan Kedua (MAS-10) Pasukan Mencari dan Menyelamat Malaysia (SAR) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). --fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Menurut data KKMNOW Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), setakat pukul 11:59mlm, 24 Feb 2023, Malaysia masih mempunyai 9,220 kes aktif COVID-19 dan daripada jumlah itu, sebanyak 8,907 kes (96.6 peratus) kuarantin di rumah.

Secara keseluruhannya, sehingga semalam (24 Februari), Malaysia merekod sebanyak 5,042,015 kes COVID-19, kes sembuh 4,995,838 dan 36,957 kes kematian. Pandemik COVID-19 mula melanda Malaysia pada 25 Januari 2020. Pada 1 April 2022, Malaysia memasuki fasa peralihan ke endemik.

Daripada 204 kes semalam, lima (5) negeri/wilayah mencatat kes dua (2) angka iaitu Selangor (67), WP Kuala Lumpur (66), Perak (11), Johor (10) dan Melaka (10).

Kes satu angka dilaporkan di Negeri Sembilan (9), WP Putrajaya (7), Sarawak (7), Pulau Pinang (5), Kedah (4), Kelantan (3), Pahang (2), Sabah (1), WP Labuan (1) dan Perlis (1).

Kes sifar dilaporkan di Terengganu.

​​​​​​​
Bantuan Kemanusiaan Komuniti Perkapalan dan Logistik Pelabuhan Klang berjumlah RM510,000 untuk mangsa gempa bumi Turkiye dan Syria. --fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Dengan 5,042,015 kes kumulatif COVID-19, Malaysia kini menduduki tangga 28 daripada 229 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Chile (5,158,953 kes) dan Ukraine (5,382,095 kes).

Dalam kalangan 229 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Rusia mencatat kes harian baharu tertinggi (13,829) diikuti Taiwan (13,432) dan Brazil (11,587).

Amerika Syarikat mencatat jumlah kes kematian akibat COVID-19 tertinggi iaitu 1,144,441 kes.

 

Berikut kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 18 Feb-24 Feb 2023:-

​​​​​​​
Jumlah Kes Harian Berbanding Kes Sembuh Wabak COVID-19 di Malaysia. Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

18 Feb (212), 19 Feb (186), 20 Feb (167), 21 Feb (184), 22 Feb (229), 23 Feb (224) dan 24 Feb (204).

Kes baharu COVID-19 Rangkuman Mingguan Bernama 11 Feb hingga 17 Feb 2023:-

11 Feb (259), 12 Feb (160), 13 Feb (164), 14 Feb (200), 15 Feb (237), 16 Feb (281) dan 17 Feb (241).

 

SENARIO COVID-19 DI MALAYSIA

​​​​​​​
Reaksi salah seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika meneliti soalan Bahasa Melayu kertas 1 di SMK Puteri Seremban. --fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

(Data KKMNOW setakat pukul 11:59mlm 24 Feb 2023)

Malaysia masih mempunyai 9,220 kes aktif COVID-19, dan 8,907 kes (96.6 peratus) dikuarantin di rumah.

Sifar (0) di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC); 304 kes (3.3 peratus) di hospital; 3 kes (0 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 6 (0.1 peratus) di ICU memerlukan ABP.

Untuk rekod, terdapat lima tahap jangkitan COVID-19, iaitu

Tahap 1 - Tidak menunjukkan sebarang gejala

Tahap 2 - Bergejala ringan, tiada radang paru-paru

Tahap 3 - Bergejala, mengalami radang paru-paru

Tahap 4 - Bergejala, mengalani radang paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen

Tahap 5 - Bergejala kritikal, memerlukan rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU)

 

Kes sembuh:-

18 Feb (310), 19 Feb (158), 20 Feb (169), 21 Feb (192), 22 Feb (227), 23 Feb (278) dan 24 Feb (254).

*kes kumulatif sembuh setakat pukul 11:59mlm 24 Feb 2023 sebanyak 4,995,838.

 

Kes import

18 Feb (1), 19 Feb (5), 20 Feb (7), 21 Feb (3), 22 Feb (0), 23 Feb (1) dan 24 Feb (5).

 

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

18 Feb (9,306), 19 Feb (9,333), 20 Feb (9,330), 21 Feb (9,322), 22 Feb (9,324), 23 Feb (9,270) dan 24 Feb (9,220).

 

Kuarantin Di Rumah

18 Feb (8,968), 19 Feb (9,000), 20 Feb (8,983), 21 Feb (8,986), 22 Feb (9,001), 23 Feb (8,952) dan 24 Feb (8,907).

 

Perincian kes harian baharu (204 kes) :-

*mengikut negeri, setakat pukul 11:59mlm 24 Feb 2023

*(+kes import)

​​​​​​​
Status Terkini COVID-19 Malaysia. Kes Baharu mengikut Negeri. Sumber: KKM

Kes dua angka - Selangor 67 (+0), WP Kuala Lumpur 66 (+0), Perak 11 (+0), Johor 9 (+1) dan Melaka 6 (+4).

Kes satu angka - Negeri Sembilan 9 (+0), WP Putrajaya 7 (+0), Sarawak 7 (+0), Pulau Pinang 5 (+0), Kedah 4 (+0), Kelantan 3 (+0), Pahang 2 (+0), Sabah 1 (+0), WP labuan 1 (+0) dan Perlis 1 (+0).

Kes sifar - Terengganu.

 

Rekod kes baharu, kes kumulatif dan kes import:-

18 Feb - Kes baharu 212; Kumulatif kes 5,040,821; Kes import 1

19 Feb - Kes baharu 186; Kumulatif kes 5,041,007; Kes import 5

20 Feb - Kes baharu 167; Kumulatif kes 5,041,174; Kes import 7

21 Feb - Kes baharu 184; Kumulatif kes 5,041,358; Kes import 3

22 Feb - Kes baharu 229; Kumulatif kes 5,041,587; Kes import 0

23 Feb - Kes baharu 224; Kumulatif kes 5,041,811; Kes import 1

24 Feb - Kes baharu 204; Kumulatif kes 5,042,015; Kes import 5

 

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal RT PCR dijalankan.

18 Feb - 1(BID 0), 19 Feb - 1 (BID 0), 20 Feb - 1 (BID 1), 21 Feb - 0 (BID 0), 22 Feb - 0 (BID 0), 23 Feb - 0 (BID 0) dan 24 Feb - 0 (BID 0).

*Jumlah kes kematian setakat pukul 11:59mlm 24 Feb 2023 sebanyak 36,957.

 

STATISTIK GLOBAL COVID-19

Statistik Terkini COVID-19 di Seluruh Dunia dan Ringkasan Kes COVID-19 di Malaysia. worldometers.info/coronavirus

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah sebanyak 679,482,438 berbanding 678,488,442 kes pada minggu sebelumnya dengan 6,797,161. Jumlah kes kematian minggu lepas adalah sebanyaj 6,790,066.

Kes sembuh terkini sebanyak 652,299,115 berbanding 651,025,080 kes pada minggu sebelumnya.

Sebanyak 229 negara/wilayah dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Perancis, Jerman, Brazil, Jepun, Korea Selatan, Itali, United Kingdom dan Rusia.

 

Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:- *Tiada maklumat (NA).

Amerika Syarikat 105,169,945 (+8,922)

India 44,685,619(+NA)

Perancis 39,608,954 (+3,917)

Jerman 38,090,089 (NA)

Brazil 37,020,531 (+11,587)

Jepun 33,157,721 (+6,512)

Korea Selatan 30,479,753 (+10,051)

Itali 25,576,852 (NA)

United Kingdom 24,341,615 (NA)

Rusia 22,232,492 (+13,829)

Berikut adalah negara di Asia Tenggara, di samping Malaysia, dengan pecahan kes kumulatif

COVID-19 dan (+kes harian baharu):-*Tiada maklumat (NA).

Vietnam di tangga 13 - 11,526,881 (+11)

Indonesia di tangga 20 - 6,735,269 (+236)

Malaysia di tangga 28 - 5,042,015 (+204)

Thailand di tangga 31 - 4,727,831 (NA)

Filipina di tangga 37 - 4,076,014 (+143)

Singapura di tangga 45 - 2,222,006 (+NA)

Myanmar di tangga 84 - 633,906 (+1)

Brunei di tangga 106 - 277,992 (NA)

Laos di tangga 113 - 218,014 (NA)

Kampuchea di tangga 125 - 138,714 (+1)

 

-------------------------------------------------------------------------

LATAR BELAKANG COVID-19

-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina. - Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.

-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020 akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

-- WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

-- Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2), pertama kali dikesan di India pada penghujung tahun 2020.

-- Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

-- WHO mengumumkan kes VOC B.1.1.529 yang kemudiannya dinamakan Omicron pada 26 Nov 2021. Varian Omicron pertama kali dikesan di Wilayah Gauteng, Afrika Selatan.

-- Saintis di Institute IHU Mediterranee Infection, Perancis, mengenalpasti varian baharu pada penghujung November 2021, secara saintifik dikenali sebagai B.1.640.2 dengan mempunyai 46 mutasi dan menggelarkannya, IHU.

-- Israel mengesahkan kes pertama individu dijangkiti ‘Flurona’ iaitu kes Influenza dan COVID-19 secara serentak (2 Jan 2022).

-- 1 April 2022 - Malaysia masuk ke fasa peralihan ke endemik sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.

-- 1 Mei 2022 - beberapa kelongaran protokol Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan daftar masuk serta status vaksinasi MySejahtera.

-- Malaysia kini berada dalam fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022 sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.

-- Senario fasa pra endemik di Malaysia menunjukkan dominasi varian XBB, hasil survelan genomik SARS-CoV-2 (virus yang mencetuskan penyakit COVID-19) di negara ini sepanjang Disember 2022 iaitu merangkumi sebanyak 55.4 peratus, diikuti varian BA.2.75 (20.8 peratus) dan varian BQ.1 (10.8 peratus).

-- Varian XBB masih varian utama yang menular dalam kalangan penduduk Malaysia sejak bulan Oktober 2022. Kedua-dua varian XBB dan BA.2.75 adalah sejenis varian Lineage Under Monitoring (LUM) WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia).

-- Salah satu subvarian Omicron yang pada asalnya dikesan pada Oktober 2022 ialah XBB.1.5 - rekombinan dua BA.2 sublineage - diberitakan sedang meningkat di Amerika Syarikat serta Eropah dan dikenal pasti di lebih 25 buah negara. Para pakar menggelarkan strain Omicron XBB.1.5 ini dengan nama ‘Kraken’ yang berpotensi mencetuskan gelombang besar COVID-19. WHO dilaporkan sedang membuat penilaian risiko strain XBB.1.5 ini.

-- Di negara China, varian BA.5.2 dan varian BF.7 merangkumi lebih kurang 80 peratus daripada varian yang menular di negara berkenaan pada masa ini.

-- Daripada kes harian baharu yang pernah memuncak melebih 30 ribu (33,406 pada 5 Mac 2022), kes harian baharu COVID-19 negara menyusut dengan kes terendah sebanyak 101 dilaporkan pada 24 Januari 2023. Untuk rekod, jumlah kes aktif COVID-19 negara pada 5 Mac 2022 adalah sebanyak 311,206.

BERNAMA

 

 

 

 

 

© 2025 BERNAMA. Hak Cipta Terpelihara.