BERITA PRU15   PH tidak letak syarat bentuk kerajaan negeri - Wan Rosdy | PRU15 Padang Serai: Calon BN teruskan kempen | DUN Tioman: Masyarakat Orang Asli harap masalah air diselesaikan | DUN Tioman: Calon BN bertemu calon PH, bincang strategi kempen | Calon PN Padang Serai beri keterangan kepada polis berhubung kenyataan ‘kerajaan zina’ | 
DUNIA

Australia catat peningkatan kes COVID-19

25/11/2022 04:45 PM

CANBERRA, 25 Nov (Bernama) -- Australia melaporkan peningkatan kecil kes COVID-19 ketika negara itu menghampiri kemuncak gelombang jangkitan keempat.

Menurut data Jabatan Kesihatan, secara purata 11,953 kes baharu direkodkan setiap hari dalam tempoh seminggu hingga Jumaat, lapor Xinhua.

Angka berkenaan mewakili peningkatan sebanyak 10 peratus daripada minggu sebelumnya - peningkatan jauh lebih rendah berbanding awal dan pertengahan November.

Setakat ini seramai 2,242 warga Australia menerima rawatan di hospital sejak tujuh hari lalu, meningkat daripada 1,973 pesakit pada minggu sebelumnya dan lebih 100 kematian direkodkan.

Ketua pegawai kesihatan Nicola Spurrier percaya Australia Selatan sedang menghampiri kemuncak gelombang semasa selepas kes meningkat tiga peratus pada minggu lalu.

"Kami sangat berharap bahawa gelombang itu akan menurun sebelum Krismas, supaya kita semua dapat menikmati Krismas yang lebih selamat," katanya kepada pemberita.

-- BERNAMA


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan