DUNIA > BERITA

THAILAND SAMBUT KETIBAAN LEBIH 10 JUTA PELANCONG ASING DAN JANA PEROLEHAN 518 BILION BAHT

20/04/2024 06:04 PM

BANGKOK, 20 April (Bernama) -- Thailand menyambut ketibaan 10.72 juta pelancong asing termasuk 1.39 juta dari Malaysia yang menjana perolehan pelancongan sebanyak 518 bilion baht (RM67.18 bilion) setakat ini.

Perangkaan Kementerian Pelancongan dan Sukan menunjukkan dari 1 Jan hingga 14 April, pelancong China merupakan kelompok lima teratas pelancong asing ke negara ini dengan lebih dua juta orang, diikuti Malaysia, Rusia (695,624), Korea Selatan (619,186) dan India (546,935).

Menteri Pelancongan dan Sukan  Sudawan Wangsuphakijkosol berkata sejumlah 735,802 pelancong asing berkunjung je Thailand dari 8 ke 14 April atau secara puratanya 105,115 pelawat berkunjung ke Thailand sehari.

“Angka pelancong asing dijangka terus meningkat kerana beberapa faktor termasuk penghujung Ramadan, yang ramai menjangka akan menyaksikan peningkatan pelancong dari Malaysia selain perjanjian visa-percuma dengan beberapa negara,” katanya.   

Thailand menyasarkan untuk menarik 40 juta pelancong asing tahun ini, bersamaan dengan angka prapandemik yang dicatatkan dalam 2019.

Ia juga mengunjurkan perolehan sebanyak tiga  trilion baht daripada pelancong tempatan dan asing menjelang hujung tahun ini. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan