DUNIA > BERITA

KABINET ISRAEL LULUSKAN PENUTUPAN OPERASI AL JAZEERA

05/05/2024 11:18 PM

BAITULMUQADDIS, 5 Mei (Bernama-Xinhua) -- Kabinet Israel secara sebulat suara meluluskan penutupan pejabat dan saluran televisyen Al Jazeera di negara ini pada Ahad, lapor Xinhua.

Di bawah keputusan itu operasi Al Jazeera dalam Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris di Israel boleh dihentikan bagi tempoh awal selama 45 hari dengan kemungkinan untuk beroperasi kembali tidak diketahui. 

Sebaik sahaja usai mesyuarat kabinet itu, Menteri Komunikasi Shlomo Karhi menandatangani dekri bahawa secara rasmi organisasi berita berpangkalan di Qatar itu tidak lagi dibenarkan beroperasi di Israel.

“Sesiapa yang menghasut terhadap negara Israel … tidak lagi akan bersiaran dari Israel dan kelengkapannya akan disita,”  Karhi berkata dalam rakaman video yang dihantar ke laman X, dahulunya Twitter.  

Tindakan itu diambil selepas Parlimen Israel atau Knesset meluluskan satu undang-undang pada April yang memberikan kuasa kepada Kabinet untuk menutup siaran luar di Israel sekiranya Perdana Menteri Benjamin Netanyahu  menganggap mereka berdasarkan pendapat perkhidmatan keselamatan Israel, merupakan satu ancaman kepada negara.

Sudah sekian lama Israel mendakwa Al Jazeera mempunyai hubungan rapat dengan Hamas yang dinafikan saluran televisyen itu dan pendirian pro-Palestin dalam liputan mengenai tindakan Israel di kawasan yang diduduki di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.  

-- BERNAMA-XINHUA            

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan