DUNIA > BERITA

2 LAGI KAPAL KONTENA BERKAPASITI 7,000 TEU SIAP DIBINA DI CHINA

12/06/2024 03:09 PM

SHANGHAI, 12 Jun (Bernama-CMG) -- Dua lagi kapal kontena berkapasiti 7,000 TEU yang masing-masing dinamakan “Panshi” dan “Meiyu” dilaporkan sudah siap dibina oleh Syarikat Perkapalan Waigaoqiao Shanghai (SWS) Berhad di bawah China State Shipbuilding Corporation (CSSC) di sini pada Selasa.

Sebagai dua kapal kontena model terbaharu yang bersifat mesra alam dalam pasaran global, “Panshi” dan “Meiyu” dilengkapi “cermin depan penjimatan tenaga” pada bahagian kepalanya dan enjin jenis terkini dengan penggunaan tenaga rendah, mempunyai kecekapan tinggi dalam penggunaan minyak, dan bertepatan dengan kriteria antarabangsa yang terkini pada aspek pelepasan ekzos.

Ketua Pengarah SWS bagi pembuatan perkapalan, Li Zhizhong memaklumkan bahawa dua kapal berteknologi maju itu boleh digunakan untuk pelayaran baik jarak jauh mahupun dekat, iaitu boleh dijadikan pilihan yang fleksibel bagi pemiliknya. 

Seiring dengan penerapan teknologi digital yang semakin popular, China beransur-ansur meningkatkan kemampuannya dalam bidang pembuatan kapal, misalnya mampu membuat satu kapal kontena seumpama itu dalam tempoh hanya 11 bulan sahaja berbanding tempoh lebih setahun sebelum ini.

China secara keseluruhan telah berjaya membuat sebanyak 24 kapal kontena siri itu yang sudah pun diserahkan kepada pihak penempah dalam tempoh hampir setahun lalu.

Menurut Timbalan Pengurus Besar SWS, Zhang Wei peningkatan keefisienan dalam pembuatan perkapalan tidak terlepas dari penerapan teknologi digital.

Bukan hanya sektor perkapalan kontena yang ‘dihujani’ surat tempahan, seluruh landskap perkapalan China kekal baik sejak tahun ini, contohnya satu SWS sahaja sudah mempunyai jadual pengeluaran yang penuh dengan surat tempahan bertarikh pada tahun 2025 hingga 2027.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan