DUNIA > BERITA

LEBIH 8,000 KANAK-KANAK DI GAZA DIRAWAT KERANA MALNUTRISI AKUT - WHO

13/06/2024 02:57 PM

AMMAN, 13 Jun (Bernama-Petra) -- Lebih 8,000 kanak-kanak di bawah umur lima tahun di Semenanjung Gaza telah dirawat kerana kekurangan zat makanan (malnutrisi) akut, termasuk 1,600 dengan kes teruk yang membawa kepada 28 kematian, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lapor Agensi Berita Jordan (Petra).

Semasa sidang media di Geneva pada Rabu, Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus menjelaskan bahawa sebahagian besar penduduk Semenanjung Gaza, yang terjejas teruk akibat konflik dengan Israel, sedang menghadapi tahap kekurangan makanan yang amat kritikal dan keadaan hampir kebuluran.

Beliau menegaskan bahawa walaupun terdapat maklumat yang menunjukkan peningkatan dalam penghantaran makanan, pada masa ini tiada bukti bahawa mereka yang paling memerlukan menerima makanan dalam kuantiti yang mencukupi dan berkualiti.

Serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lepas setakat ini mengakibatkan lebih 37,000 rakyat Palestin terkorban.

-- BERNAMA-PETRA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan