DUNIA > BERITA

SEKURANG-KURANGNYA LIMA MAUT, 30 CEDERA KERETA API BERTEMBUNG DI INDIA

17/06/2024 03:06 PM

Oleh Shakir Husain

NEW DELHI, 17 Jun (Bernama) -- Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh manakala 30 lagi cedera dalam kemalangan kereta api berhampiran stesen New Jalpaiguri, Bengal Barat, India pada Isnin.

Menurut laporan media tempatan, sebuah kereta api barang merempuh dua gerabak belakang Kanchanjungha Express hingga tergelincir dari landasan.

"Terkejut mendapat berita mengenai kemalangan kereta api tragis di kawasan Phansidewa di daerah Darjeeling," kata Ketua Menteri Bengal Barat, Mamata Banerjee.

Beliau berkata pegawai tempatan, doktor, ambulans dan pasukan bencana telah dikerah ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat dan bantuan perubatan.

"Operasi menyelamat sedang dijalankan dengan pantas. Pihak Keretapi, NDRF (Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan) dan SDRF (Pasukan Tindak Balas Bencana Negeri) sedang bekerjasama rapat.

"Mereka yang cedera dibawa ke hospital. Pegawai kanan telah tiba di lokasi," kata Menteri Keretapi Ashwini Vaishnaw dalam satu hantaran di media sosial.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan