DUNIA > BERITA

CHINA PUJI PENDIRIAN POSITIF PM MALAYSIA UNTUK PERKUKUH HUBUNGAN DUA HALA

18/06/2024 03:05 PM

BEIJING, 18 Jun (Bernama-CMG) -- China memuji pendirian positif Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim terutamanya melibatkan hubungan kedua-dua negara, kata jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian.

Dalam sidang media pada Isnin, Lin berkata China berharap bekerjasama dengan Malaysia untuk memantapkan hubungan persahabatan tradisional dan meningkatkan kolaborasi dalam pelbagai bidang, demi memperdalam pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Malaysia.

Anwar dalam satu temu bual baru-baru ini menyatakan, adalah wajar bagi Malaysia untuk mengukuhkan hubungan dengan China, kerana China sanggup menerima dan mendengar cadangan dan kebimbangan dari Malaysia. Ia termasuk membantu Malaysia membangunkan ekonomi digital, tenaga boleh baharu (TBB) dan kecerdasan buatan (AI).

Dalam pada itu, Lin berkata China dan Malaysia merupakan negara jiran yang mempunyai persahabatan tradisional. 

“Tak kira bagaimana situasi antarabangsa berubah, China dan Malaysia tetap rakan baik dan sejati yang saling percaya dan bergotong-royong sejak penjalinan hubungan diplomatik pada lima dekad lalu,” kata beliau.

Lin juga mengulangi pendirian China yang teguh menyokong Malaysia dan negara-negara ASEAN untuk mempertahankan solidariti dan kemajuan kendiri serta mengekalkan pemusatan ASEAN dan kerangka serantau yang inklusif.

Menurut jurucakap itu, China akan terus berpegang kepada prinsip terbuka, kerjasama dan saling untung serta bersinergi dengan negara ASEAN bagi membina komuniti berkongsi nasib China-ASEAN yang lebih rapat.

-- BERNAMA-CMG 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan