DUNIA > BERITA

PENYERANG HUNGARY VARGA MUNGKIN JALANI PEMBEDAHAN SELEPAS PATAH TULANG MUKA

24/06/2024 06:50 PM

ISTANBUL, 24 Jun (Bernama-Anadolu) -- Penyerang Barnabas Varga mungkin menjalani pembedahan selepas beberapa tulang mukanya patah semasa Hungary meraih kemenangan 1-0 ke atas Scotland dalam aksi Euro 2024 pada Ahad, lapor Agensi Anadolu.

Persekutuan Bolasepak Hungary dalam kenyataan memalumkan selain patah beberapa tulang di muka, Varga juga mengalami gegaran otak selepas terbabit perlanggaran.

"Penyerang Ferencvaros ini berkemungkinan besar akan menjalani pembedahan. Dia menghabiskan malam di hospital di Stuttgart. Seluruh pasukan memberikan sokongan untuknya!" kata persekutuan itu.

Perlawanan Kumpulan A menentang Scotland terhenti selama kira-kira 10 minit selepas Varga berlanggar dengan penjaga gol Scotland, Angus Gunn pada pertengahan separuh masa kedua.

Dia dibawa keluar dari padang dengan pengusung dan dibawa ke hospital dengan ambulans.

Penyerang berusia 29 tahun itu telah menjaringkan tujuh gol dalam 13 perlawanan untuk negaranya.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan