DUNIA > BERITA

CHINA JADI TELADAN JAYAKAN TRANSFORMASI HIJAU, KATA DIPLOMAT ASING

10/07/2024 02:14 PM

BEIJING, 10 Julai (Bernama-CMG) -- China giat meningkatkan pembangunan hijau dalam industri sumber tenaga dan menjadi teladan yang baik kepada dunia, kata diplomat asing di China.

Hampir 100 orang diplomat asing dijemput melawat ke syarikat PetroChina untuk melihat pembangunan industri sumber tenaga dan transformasi hijau di negara ini pada Selasa.

Mereka kagum mengetahui kren PetroChina boleh mengangkat dengan mudah kelengkapan yang beratnya melebihi 4,000 tan dengan sokongan peralatan lain.

Diplomat itu juga amat gembira melihat projek kerjasama antara syarikat China dengan syarikat negara masing-masing dalam bidang sumber tenaga, di samping menunjukkan minat tentang cara membina corak pembangunan baharu antara tenaga tradisional dan tenaga baharu, serta kaedah mewujudkan kerjasama dalam bidang tenaga hijau seperti biodiesel dan tenaga hidrogen.

Seiring dengan pembangunan transformasi rendah karbon pada beberapa tahun kebelakangan ini, kerjasama antara China dengan masyarakat antarabangsa dalam bidang sumber tenaga kian meningkat.

Menteri di Kedutaan Besar Indonesia ke China, Parulian George Andreas Silaeahi berkata transformasi mampan industri sumber tenaga China amat terkenal di peringkat global.

Menurut beliau, Indonesia banyak belajar dan sedang mengadakan kerjasama dengan China.

Beliau juga percaya China akan membawa peluang menang-menang kepada negara-negara membangun dalam pembangunan hijau.

-- BERNAMA-CMG 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan