DUNIA > BERITA

PRESIDEN PERANCIS MACRON TERIMA PELETAKAN JAWATAN PM ATTAL

17/07/2024 11:18 AM

PARIS, 17 Julai (Bernama-Xinhua) -- Presiden Perancis Emmanuel Macron telah menerima peletakan jawatan Perdana Menteri Gabriel Attal, namun memintanya untuk terus mengetuai kerajaan sementara sehingga pembentukan kerajaan baharu, menurut kenyataan pejabat presiden Perancis pada Selasa, lapor Xinhua.

"Untuk tempoh ini berakhir secepat mungkin, terpulang kepada Republikan untuk bekerjasama mengukuhkan perpaduan demi kepentingan rakyat Perancis," kata Elysee dalam satu kenyataan.

Kerajaan sementara hanya boleh mengawasi operasi pentadbiran dan campur tangan sekiranya berlaku kecemasan.

Attal dilantik sebagai perdana menteri pada 9 Januari pada usia 34 tahun, menggantikan Elisabeth Borne.

Beliau mengemukakan peletakan jawatannya kepada Macron pada 8 Julai lalu selepas parti pemerintah gagal memperoleh majoriti dalam pilihan raya lepas. Namun, Macron memintanya untuk kekal "buat sementara waktu" bagi menjamin kestabilan negara.

Pada Khamis, ahli-ahli Dewan Negara yang dipilih dijangka memilih Speaker Dewan yang baharu.

Gabungan baharu New Popular Front (NFP) iaitu parti berhaluan tengah dan kiri Perancis memenangi kerusi terbanyak dalam pusingan kedua pengundian pilihan raya Parlimen Perancis, namun masih belum mencadangkan calon untuk menjadi perdana menteri seterusnya.

Presiden Perancis mengumumkan pembubaran Dewan Negara pada 9 Jun dan menggesa pilihan raya awal selepas gabungan parti Renaissance mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya Parlimen Eropah.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan