DUNIA > BERITA

INSIDEN TANAH RUNTUH DI MIMIKA RAGUT TUJUH NYAWA

17/07/2024 03:17 PM

JAKARTA, 17 Julai (Bernama) -- Insiden tanah runtuh di Mimika, wilayah Papua Tengah, pada Ahad meragut sekurang-kurangnya tujuh nyawa setakat ini, menurut jurucakap Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia, Abdul Muhari.

"Mayat kesemua mangsa berjaya dibawa keluar dari lokasi kejadian dan dikebumikan oleh keluarga masing-masing," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Abdul Muhari berkata bahawa agensi pengurusan bencana Mimika melaporkan terdapat 17 lokasi tanah runtuh di kawasan Tembagapura.

BNPB menggesa pihak berkuasa tempatan dan penduduk di kawasan terbabit untuk terus berwaspada terhadap kemungkinan berlaku kejadian berulang susulan hujan lebat disertai kilat dan angin kencang.

Ramalan cuaca menunjukkan cuaca mendung dengan hujan renyai di kawasan itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan