DUNIA > BERITA

KEUNTUNGAN NETFLIX MENINGKAT BERIKUTAN PENINGKATAN BILANGAN PELANGGAN

19/07/2024 11:16 AM

WASHINGTON, 19 Julai (Bernama-dpa) -- Keuntungan konglomerat hiburan dalam talian Netflix meningkat pada suku kedua, mengatasi jangkaan Wall Street, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik kenyataan syarikat itu pada Khamis.

Keuntungan bersih Netflix ialah US$2.15 bilion atau US$4.88 sesaham, berbanding US$1.49 bilion, atau US$3.29 sesaham, pada suku kedua tahun lepas.

Pendapatan syarikat bagi suku itu meningkat 16.7 peratus kepada US$9.56 bilion daripada US$8.19 bilion tahun lalu.

Pada suku kedua, peneraju pasaran penstriman video itu memperoleh 8 juta pelanggan, peningkatan 37 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Netflix kini mempunyai sekitar 277.7 juta pelanggan di seluruh dunia, katanya.

-- BERNAMA-dpa


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan