DUNIA > BERITA

PROJEK BRI KONDUSIF BAGI PEMBANGUNAN KEPULAUAN SOLOMON

22/07/2024 03:06 PM

BEIJING, 22 Julai (Bernama-CMG) -- China sudah menjadi rakan kerjasama terbesar bagi Kepulauan Solomon  dalam  bidang pembinaan infrastruktur yang dijadikan segmen utama dalam pelan pembangunan ekonomi negaranya.

Demikian dinyatakan Perdana Menteri Kepulauan Solomon, Manele ketika diwawancara wartawan Kumpulan Media China (CMG) sempena beliau mengadakan lawatan di Beijing pada minggu lepas.

“Solomon perlu membina lebih banyak jalan, landasan udara, kemudahan sumber tenaga dan telekomunikasi, yang semua ini merupakan infrastruktur yang penting bagi pembangunan ekonomi. Serentak itu, kami juga perlu membina lebih banyak prasarana sosial seperti sekolah, klinik dan hospital, yang berperanan penting dalam hidup kami. Seiring dengan peningkatan populasi, permintaan kami terhadap bilik darjah dan hospital juga meningkat dan ia amat penting untuk mewujudkan keseimbangan antara kedua-dua aspek ini,” kata Manele.

Kepulauan Solomon turut menyertai usaha sama dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), tidak lama selepas menjalinkan hubungan diplomatik dengan China.

“Dalam kerangka BRI, kami telah mendapat sejumlah projek pembinaan atas bantuan China. Ketika mengadakan lawatan di China, kami telah menandatangani satu dokumen kerjasama baharu untuk meningkatkan penyelarasan dalam pelaksanaan strategi pembangunan negara Kepulauan Solomon tahun 2016-2035 dengan BRI anjuran China,” ujar Manele.

Isu perubahan iklim sejak sekian lama wujud sebagai satu topik utama yang dibimbangkan negara-negara kepulauan Pasifik.

“Dalam bidang menangani isu perubahan iklim, terutamanya dalam usaha mengawal perubahan iklim, kami berharap agar bekerjasama dengan China meningkatkan pelaburan dalam bidang sumber tenaga boleh baharu (TBB), sumber tenaga hijau dan suria.

“Melabur dalam bidang TBB amat penting bagi mengurangkan perubahan iklim. Jika penduduk dan komuniti boleh mendapat akses ke penggunaan TBB, kami akan menjadi lebih mudah dalam mencapai matlamat pembangunan mampan. Maka, kami memilih mengadakan kunjungan ke sebuah syarikat sumber tenaga ketika mengadakan lawatan rasmi di China, dan mendapati mereka juga menunjukkan minat yang besar untuk melawat Kepulauan Solomon bagi mencari peluang perniagaan di sana," kata Manele.

“China sudah mengeluarkan beberapa cadangan selepas bermesyuarat dengan negara-negara Pasifik. Selain sebuah pusat bantuan untuk golongan miskin, China juga menetapkan sebuah institut kepolisan di provinsi Fujian iaitu anggota polis yang dihantar negara-negara Pasifik termasuk Kepulauan Solomon boleh mengikuti latihan dan sesi pembelajaran. Selain itu, China juga bersedia menghulurkan bantuan kecemasan yang berkaitan dengan usaha mengatasi bencana alam. Kami masih mempunyai ruang yang besar untuk meneroka kerjasama bilateral. Bukan hanya Kepulauan Solomon, negara-negara Pasifik yang lain juga berada di landasan kerjasama dengan China yang sudah menjadi semakin erat,” tambah beliau.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan