DUNIA > BERITA

ANAK GEORGE SOROS SOKONG PENCALONAN KAMALA HARRIS SEBAGAI CALON PRESIDEN AS

22/07/2024 03:54 PM

MOSCOW, 22 Julai (Bernama-Sputnik) -- Alexander Soros, anak kepada bilionair Amerika Syarikat (AS) George Soros menyokong Naib Presiden Kamala Harris sebagai calon Parti Demokrat bagi pilihan raya presiden pada November ini, lapor Sputnik.

"Sudah tiba masanya kita semua bersatu (menyokong) Kamala Harris dan mengalahkan (bekas Presiden AS) Donald Trump.

“Beliau adalah calon terbaik dan paling layak yang kita ada. Long live American Dream!" tulis Soros di platform X pada Ahad.

Pada Ahad, Presiden Joe Biden mengumumkan bahawa beliau akan menarik diri daripada pilihan raya dan menyokong Harris sebagai calon Parti Demokrat untuk jawatan presiden AS.

Open Society Foundations milik George Soros telah beberapa kali dituduh digunakan dalam kempen untuk melemahkan kerajaan nasional dan mengubah haluan pilihan raya di beberapa negara.

Soros sendiri tidak menafikan bahawa wangnya membantu melaksanakan Revolusi Jingga di Ukraine pada 2004 dan Euromaidan pada 2013.

-- BERNAMA-SPUTNIK


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan