DUNIA > BERITA

SINGAPURA SERAH BANTUAN KEMANUSIAAN BAHARU KE GAZA

22/07/2024 06:31 PM

SINGAPURA, 22 Julai (Bernama-Xinhua) -- Singapura menyerahkan kira-kira 300 tan sardin dalam tin dan 1,000 tan beras kepada Gaza menerusi satu majlis pada Isnin, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Negeri.

Singapura akan bekerjasama dengan Emiriah Arab Bersatu dan Cyprus bagi menghantar bekalan itu ke Gaza, lapor Xinhua.

Sementara itu, Singapura turut mengulangi gesaan terhadap gencatan senjata segera serta pembebasan semua tawanan tanpa syarat, serta-merta dan selamat.

“Kami juga menyeru semua pihak membenarkan pemberian bantuan kemanusiaan yang mendesak, selamat dan tanpa halangan kepada orang awam yang terjejas di Gaza," menurut Kementerian Luar Negeri.

Singapura telah menyumbang bekalan bernilai lebih 17 juta dolar Singapura (US$12.6 juta) kepada Gaza.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan