DUNIA > BERITA

DUA KENDERAAN UNICEF DITEMBAK DI GAZA

24/07/2024 08:56 AM

ANKARA, 24 Julai (Bernama-Anadolu) -- Dua kenderaan milik Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) ditembak di Semenanjung Gaza pada Selasa, lapor Agensi Anadolu.

"Dua kenderaan UNICEF yang jelas ditanda dengan lambang pertubuhan itu ditembak peluru hidup hari ini ketika menanti di tempat yang ditetapkan berhampiran pusat pemeriksaan Wadi Gaza," kata Pengarah Serantau UNICEF untuk Timur Tengah dan Afrika Utara, Adele Khodr di platform X.

Kenderaan terbabit "dalam perjalanan untuk menyatukan semula lima kanak-kanak, termasuk seorang bayi dengan bapa mereka," katanya sambil mendedahkan bahawa satu daripada kenderaan terkena tiga tembakan.

Tiada kecederaan dilaporkan.

"Pasukan berjaya meneruskan misi dan menghantar kanak-kanak itu dengan selamat," kata pegawai PBB itu.

Beliau mengesahkan bahawa ini adalah insiden kedua yang melibatkan kenderaan UNICEF dalam misi kemanusiaan di Gaza dalam tempoh 12 minggu lalu.

 Israel menghadapi kecaman antarabangsa di tengah-tengah serangan kejam yang berterusan di Gaza sejak 7 Oktober.

Lebih 39,000 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak dan hampir 90,000 cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan