DUNIA > BERITA

PRESIDEN INDONESIA AKAN MULA BEKERJA DARI NUSANTARA MULAI 28 JULAI

25/07/2024 12:25 AM

JAKARTA, 24 Julai (Bernama-Xinhua) -- Presiden Indonesia Joko Widodo dijangka memulakan tugas rasmi di ibu kota baharu negara, Nusantara, yang terletak di Pulau Kalimantan, pada 28 Julai, lapor Xinhua.

Ketua Sekretariat Presiden Heru Budi Hartono membuat pengumuman itu pada Rabu.

Presiden dijadualkan merasmikan sebuah lebuh raya pada 28 Julai dan "kami sedang dalam proses membuat semua persiapan yang diperlukan agar presiden dapat mula bekerja di ibu kota baharu," kata pegawai itu.

Basuki Hadimuljono, Menteri Kerja Raya dan Perumahan serta Pemangku Ketua Pihak Berkuasa Ibu Kota Nusantara, mengesahkan bahawa bekalan air minuman akan siap digunakan dalam beberapa hari akan datang di ibu kota baharu itu.

"Pada masa ini, air minuman telah mengalir ke ibu kota baharu dan telah lulus ujian ketiga, yang akan segera diagihkan ke kawasan kediaman dan pejabat di Nusantara," katanya.

Selain itu, pihak berkuasa sedang membuat persiapan untuk sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia, yang akan berlangsung serentak di Nusantara dan Jakarta pada Ogos.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan