DUNIA > BERITA

140 PENERBANGAN DI LAPANGAN TERBANG FRANKFURT DIBATALKAN KERANA PROTES IKLIM

25/07/2024 05:24 PM

FRANKFURT, 25 Julai (Bernama-dpa) -- Kira-kira 140 penerbangan di lapangan terbang Frankfurt dibatalkan  akibat protes iklim, kata pengendali lapangan terbang itu pada Khamis.

Menurut Fraport, penumpang dijangka mengalami kelewatan sepanjang hari itu.

Sebanyak 1,400 penerbangan dijadual berlepas dari atau ke lapangan terbang itu pada Khamis.

Landasan itu dibuka semula untuk penerbangan pada 7.50 pagi (0550 GMT), hampir tiga jam selepas lapan individu menceroboh kawasan lapangan terbang dan melekatkan diri mereka pada landasan serta pagar.

Jurucakap Fraport mengecam protes itu dengan mengatakan bahawa "pelaku berdepan hukuman berat dan tuntutan sivil yang tinggi untuk ganti rugi."

-- BERNAMA-dpa

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan