DUNIA > BERITA

Presiden IOC bach bawa obor Olimpik melalui perkampungan atlet

26/07/2024 10:20 PM

PARIS, 26 Julai (Bernama-dpa) -- Obor Sukan Olimpik Paris diarak melalui perkampungan atlet pada Jumaat, dipimpin  legenda Olimpik, Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) Thomas Bach dan ahli Suruhanjaya Atlet IOC, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Bach berkata perasaannya selalu tersentuh apabila membawa obor itu tetapi ia lebih istimewa untuk melakukannya di perkampungan Olimpik.

Ketua Olimpik itu menerima obor daripada sekumpulan legenda sukan antarabangsa, termasuk bekas pelumba ski Lindsey Vonn, bekas pemain bola keranjang Pau Gasol dan bekas bintang basikal trek Chris Hoy.

Pemain bola baling Perancis Cleopatre Darleux menyerahkan obor itu kepada Bach di hadapan unit penginapan pasukan Belanda, dan presiden IOC itu kemudian menyerahkan obor berkenaan kepada Emma Terho, pengerusi suruhanjaya atlet IOC di hadapan penginapan kontinjen Amerika Syarikat.

Beberapa atlet keluar dari penginapan mereka menyaksikan larian itu sambil bertepuk tangan, mengambil gambar dan video malah ada juga yang menyertai perarakan itu. 

Temasya di Perancis itu secara rasmi dibuka pada petang Jumaat dengan satu majlis di Seine.

--BERNAMA-dpa

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan