DUNIA > BERITA

Olimpik 2024: Perenang kecam pengangkutan ke kolam renang 'kelam-kabut'

28/07/2024 02:27 AM

PARIS, 27 Julai (Bernama-dpa) -- Kesukaran pengangkutan di venue renang Sukan Olimpik di Paris telah mendapat kritikan meluas pada hari pertama pertandingan, lapor agensi berita Jerman (dpa). 

"Pengangkutan tidak seperti yang sepatutnya beberapa hari kebelakangan ini. Semuanya agak kelam-kabut," kata Juara Dunia 100 meter gaya kupu-kupu dari Jerman, Angelina Köhler, kepada pemberita pada Sabtu selepas menghadapi masalah semasa latihan.

Dia berkata beberapa perenang terpaksa duduk di atas lantai bas.

"Itulah sebabnya kadang-kadang agak sukar. Tetapi semua orang mempunyai masalah itu. Jadi, kita akan lihat bagaimana keadaan seterusnya," kata Köhler.

Menurut laporan dalam Korea Times, perenang dari Korea Selatan telah meninggalkan Perkampungan Olimpik untuk tinggal lebih dekat dengan Arena La Défense kerana masalah pengangkutan.

Perenang gaya bebas Jerman, Isabel Gose, percaya perkhidmatan bas ulang-alik akan semakin baik.

"Ia agak kelam-kabut. Ia memang satu masalah. Tidak berfungsi langsung. Tetapi saya rasa mereka akan membetulkannya," katanya.

-- BERNAMA-dpa

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan