DUNIA > BERITA

Rakyat Venezuela keluar mengundi pemilihan presiden

28/07/2024 10:45 PM

CARACAS (Venezuela), 28 Julai (Bernama-Anadolu) -- Rakyat Venezuela keluar ke pusat mengundi  pada Ahad untuk memilih presiden baharu.

Terdapat lebih 21 juta pengundi berdaftar di negara Amerika Selatan itu dan pusat pengundian dibuka pada pukul 6 pagi waktu tempatan. Pengundian akan diteruskan sehingga pukul 6 petang, lapor Agensi Anadolu.

Dengan 10 calon yang bertanding, persaingan utama dijangka antara Presiden Nicolas Maduro yang ingin mendapatkan penggal ketiga dan Edmundo Gonzalez, yang disokong oleh gabungan pembangkang.

Lebih daripada 380,000 askar dan polis telah dikerahkan di seluruh negara untuk memastikan undang-undang dan ketenteraman terpelihara.

Jika Gonzalez menang, pemerintahan selama 25 tahun Parti Sosialis Bersatu Venezuela akan berakhir.

Buat kali pertama dalam 10 tahun, semua parti pembangkang di negara dengan 29 juta penduduk itu memutuskan untuk tidak memboikot pilihan raya, menurut Anadolu.

Banyak negara, termasuk Turkiye, menghantar pemerhati untuk memantau proses pengundian.

Penggal enam tahun presiden baharu akan bermula pada 10 Januari 2025.

-- BERNAMA-ANADOLU AGENCY 

 

 

TAG: Venezuela, pilihan raya presiden, Nicolas Maduro, Edmundo Gonzalez

 

 


VMP VMP MK


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan