DUNIA > BERITA

Paris 2024: China Menang Emas Acara 10m Platform Seirama Lelaki

29/07/2024 07:43 PM

PARIS, 29 Julai (Bernama-Xinhua) -- Penerjun China, Lian Junjie dan Yang Hao memenangi pingat emas acara 10 meter (m) platform seirama lelaki pada temasya Sukan Olimpik Paris pada Isnin.

Lian dan Yang, pemenang tiga kali kejohanan dunia dalam acara itu bertanding dalam Sukan Olimpik pertama mereka. Mereka menepati jangkaan dengan meraih jumlah kutipan mata keseluruhan 490.35 daripada enam pusingan dalam peringkat akhir.

Juara Olimpik Tokyo dari Britain, Tom Daley yang bergandingan dengan Noah Williams kali ini menduduki tempat kedua dengan kutipan 463.44 mata untuk pingat perak.

Pingat gangsa dimenangi oleh penerjun Kanada, Rylan Wiens dan Nathan Zsombor-Murray dengan 422.13 mata. Pada Olimpik Tokyo, mereka menduduki tempat ke-19 dan ke-13 dalam acara platform 10m lelaki.

-- BERNAMA

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan