DUNIA > BERITA

Deguchi Dari Kanada Raih Emas Olimpik Judo Pertama

30/07/2024 07:52 AM

PARIS, 30 Julai (Bernama-Xinhua) -- Bintang judo dunia, Christa Deguchi dari Kanada dengan mudah menewaskan Huh Mi-mi dari Korea Selatan dalam perlawanan akhir judo wanita kategori 57kg untuk merangkul emas Olimpik pertamanya di sini pada Isnin.

Meskipun pernah tewas kepada Huh di Kejohanan Dunia 2024, Deguchi, 28, mengekalkan keseimbangan ketika Huh cuba melakukan lontaran beberapa kali, dan akhirnya meraih kemenangan di pentas Olimpik, lapor Agensi Berita Xinhua.

Sarah Leonie Cysique dari Perancis dan Haruka Funakubo dari Jepun berkongsi pingat gangsa dalam kategori yang sama.

Dalam kategori 73kg lelaki, Joan-Benjamin Gaba dari negara tuan rumah yang berada di kedudukan No. 35 dunia, mara ke final tetapi gagal menewaskan juara dunia Hidayet Heydarov dari Azerbaijan yang meraih emas.

Pingat gangsa dikongsi Adil Osmanov dari Moldova dan Soichi Hashimoto dari Jepun.

-- BERNAMA-XINHUA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan