DUNIA > BERITA

Wilayah Aseer Alami Musim Panas Luar Biasa

30/07/2024 07:30 PM

ABHA (Arab Saudi) 30 Julai (Bernama-SPA) -- Wilayah Aseer sedang mengalami musim panas yang luar biasa dengan hujan lebat, suhu sejuk, dan kabus tebal yang menutupi kawasan tanah tinggi di selatan negara.

Awan kumulus yang menakjubkan, sering kali menutupi matahari telah mencipta latar belakang yang indah bagi mereka yang berkunjung ke Abha dan bandar-bandar berhampiran.

Lensa Agensi Berita Arab Saudi (SPA) merakamkan suasana hujan serta pembentukan awan di puncak-puncak Gunung Aseer yang menarik pelancong dan pengunjung dari dalam dan luar negara yang mengabadikannya pada telefon pintar mereka.

Menurut Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM), Wilayah Aseer akan mengalami hujan sederhana hingga lebat bermula hari ini.

NCM berkata keadaan cuaca ini akan berterusan sehingga 4 Ogos, sementara pada Khamis dan Jumaat, terdapat kemungkinan hujan lebat dan hujan batu.

-- Bernama-SPA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan