DUNIA > BERITA

85 Pesakit Dari Gaza Dipindahkan Ke UAE Untuk Terima Rawatan

31/07/2024 10:36 AM

GENEVA, 31 Julai (Bernama-Xinhua) -- Seramai 85 pesakit kritikal dan cedera dari Semenanjung Gaza telah dipindahkan ke Abu Dhabi pada Selasa untuk menerima rawatan dalam operasi bersama berskala besar, lapor Xinhua.

Dibantu oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dengan kerjasama kerajaan UAE dan rakan kongsi lain, pemindahan itu menandakan operasi terbesar seumpamanya sejak Oktober 2023.

Pesakit yang terdiri daripada 35 kanak-kanak dan 50 orang dewasa itu dipindahkan dari Gaza melalui lintasan Kerem Shalom ke Lapangan Terbang Ramon di Israel.

Pengarah Serantau WHO bagi Mediterranean Timur, Hanan Balkhy memuji usaha UAE dengan berkata: "Saya amat berterima kasih kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) kerana memindahkan pesakit dari Gaza dan memberikan mereka rawatan."

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan