DUNIA > BERITA

Dialog Peluang Pemerkasaan Pembaharuan China Kepada Dunia Diadakan Di Mesir

31/07/2024 02:06 PM

KAHERAH, 31 Julai (Bernama-CMG) -- Dialog bertemakan "Peluang Global daripada Pemerkasaan Pembaharuan China pada Era Baharu" anjuran Kumpulan Media China (CMG), Kementerian Pelancongan dan Tinggalan Sejarah Mesir dan Kedutaan China di Mesir diadakan di sini, pada Selasa.

Para hadirin telah mengadakan perbincangan tentang peluang daripada pemerkasaan pembaharuan secara komprehensif di China pada era baharu kepada seluruh dunia.

Presiden CMG Shen Haixiong ketika berucap pada sesi dialog itu berkata pemerkasaan pembaharuan di China akan membawa lebih banyak faktor penentu kepada dunia, di samping memberikan lebih banyak peluang pembangunan dan menyumbangkan penggerak demi mempromosikan kemakmuran bersama umat manusia.

Beliau berkata CMG berharap dapat meningkatkan kerjasama dengan tokoh-tokoh daripada pelbagai kalangan di Mesir, mengukuhkan dan meluaskan kerjasama kedua-dua negara dalam pemerkasaan pembaharuan dan pertukaran dalam kalangan rakyat, sekali gus menyumbangkan kebijaksanaan untuk membina komuniti berkongsi nasib China-Mesir dan China-Arab bagi era baharu.

Menteri Pelancongan dan Tinggalan Sejarah Mesir, Sherif Fathi berkata bahawa tahun ini menandakan ulang tahun ke-10 jalinan perkongsian strategik komprehensif antara Mesir dan China.

Menurut beliau dalam sedekad lalu kedua-dua negara telah mencapai banyak hasil dalam pelbagai bidang, terutamanya dalam bidang pelancongan dan perlindungan warisan budaya.

Sherif Fathi menambah bahawa dasar China untuk memperkasakan pembaharuan secara komprehensif juga akan memberikan lebih banyak kemungkinan untuk meluaskan kerjasama yang saling menguntungkan antara negara-negara di seluruh dunia.

-- BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan