DUNIA > BERITA

Iran Akan Balas Dendam Pembunuhan Haniyeh - Pemimpin Agung

01/08/2024 10:43 AM

TEHRAN, 1 Ogos (Bernama-IRNA) -- Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran Ayatollah Seyyed Ali Khamenei berkata adalah menjadi kewajipan bagi Iran untuk membalas dendam atas pembunuhan pemimpin Hamas Ismail Haniyeh di negara itu, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Dalam kenyataan pada Rabu, Ayatollah Khamenei mengucapkan takziah atas pemergian Haniyeh dalam serangan ke atas kediamannya di ibu negara Iran, Tehran.

"Penjenayah dan pengganas rejim Zionis telah menyebabkan tetamu kami mati syahid di dalam negara kami dan ia adalah sesuatu yang menyedihkan, tetapi ia membuka laluan untuk hukuman yang keras dikenakan ke atas mereka," kata Pemimpin Tertinggi itu.

Ayatollah Khamenei berkata Ismail tidak pernah takut untuk mati syahid, dan sentiasa bersedia untuk perkara itu dalam kehidupannya.

Beliau turut mengucapkan takziah kepada warga Palestin yang bangga dan keluarga Haniyeh atas kematian pemimpin kumpulan Palestin itu dan rakannya dalam serangan rejim Israel.

-- BERNAMA-IRNA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan