DUNIA > BERITA

UAE Suarakan Kebimbangan Terhadap Ketegangan Serantau Berterusan

01/08/2024 10:48 AM

ABU DHABI, 1 Ogos (Bernama) -- Emiriah Arab Bersatu (UAE) memantau rapat perkembangan di rantau ini dan meluahkan kebimbangan terhadap ketegangan yang berterusan serta impaknya terhadap keselamatan dan kestabilan serantau.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Negeri UAE menekankan pentingnya semua pihak untuk berhemah dan membuat pertimbangan yang wajar bagi mengurangkan risiko dan mengelakkan konflik daripada merebak.

"UAE percaya bahawa menggalakkan dialog, mematuhi undang-undang antarabangsa dan menghormati kedaulatan negara-negara adalah asas penting dalam menyelesaikan krisis semasa," menurut kenyataan itu.

UAE juga menegaskan keperluan untuk menyelesaikan pertikaian melalui saluran diplomatik, bukan melalui permusuhan dan peningkatan ketegangan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan