DUNIA > BERITA

'Squid Game 2' Ditayangkan Pada 26 Dis

01/08/2024 12:49 PM

SEOUL, 1 Ogos (Bernama-Yonhap) -- Drama survival "Squid Game" musim kedua akan ditayangkan pada 26 Dis, manakala musim ketiga dijangka dilancarkan tahun depan, menurut Netflix pada Khamis.

Musim pertama "Squid Game" menjadi fenomena global, mencatat jumlah tontonan tertinggi dalam sejarah Netflix, lapor Agensi Berita Yonhap.

Pengarah Hwang Dong-hyuk memenangi anugerah pengarah terbaik bagi ketgori drama bersiri di Anugerah Emmy dan pelakon Lee Jung-jae menerima Anugerah Pelakon Utama Terbaik.

Musim kedua menampilkan pelakon daripada musim pertama, bergandingan dengan pelakon baharu termasuk Im Si-wan, Kang Ha-neul, Lee Jin-uk dan Choi Seung-hyun.

"Saya sangat teruja melihat benih yang ditanam ketika menghasilkan 'Squid Game' berkembang dan berbuah sehingga akhir cerita.

"Kami akan melakukan yang terbaik untuk memastikan anda mendapat pengalaman yang penuh mendebarkan.

"Saya harap anda teruja dengan apa yang akan datang. Terima kasih dan jumpa lagi, semua,” kata pengarah Hwang menerusi sepucuk surat kepada penonton yang dikongsi Netflix.

-- BERNAMA-YONHAP


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan