DUNIA > BERITA

Pengebumian Ismail Haniyeh Sedang Berlangsung Di Tehran

01/08/2024 03:25 PM

TEHRAN, 1 Ogos (Bernama-IRNA) -- Pengebumian Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh yang dibunuh oleh rejim Zionis sedang berlangsung di Tehran pada Khamis, lapor Agensi Berita Iran (IRNA).

Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran, Ayatollah Seyyed Ali Khamenei akan memimpin solat jenazah.

Pejabat Pemimpin Tertinggi itu mengumumkan bahawa solat jenazah akan diadakan di perkarangan Universiti Tehran sebelum menuju Dataran Azadi.

Haniyeh dan seorang pengawal peribadinya dibunuh dalam serangan udara yang menyasarkan tempat penginapannya di utara Tehran selepas menghadiri majlis angkat sumpah presiden baharu Iran, Masoud Pezeshkian.

Iran mengisytiharkan tiga hari berkabung.

"Rejim Zionis akan berdepan hukuman yang keras atas tindakan ini dan kami menganggap adalah kewajipan kami untuk membalas dendam kerana beliau syahid di wilayah Iran," kata Ayatollah Khamenei dalam satu kenyataan.

-- BERNAMA-IRNA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan