DUNIA > BERITA

Angka Kematian Di Semenanjung Gaza Meningkat Kepada 39,480, Lebih 91,128 Cedera

01/08/2024 09:25 PM

GAZA, 1 Ogos (Bernama-WAFA) -- Pasukan pendudukan Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam yang lepas, menyebabkan sekurang-kurangnya 35 rakyat Palestin terbunuh dan 551 lagi cedera, menurut sumber perubatan.

Pihak berkuasa kesihatan tempatan mengesahkan angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel sejak 7 Okt meningkat kepada 39,480 kematian yang dilaporkan, dengan tambahan 91,128 individu mengalami kecederaan, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Majoriti mangsa adalah wanita dan kanak-kanak.

Menurut sumber yang sama, perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat menjangkau ramai mangsa dan mayat yang terperangkap di bawah runtuhan atau bergelimpangan di jalan raya di seluruh kawasan konflik kerana pasukan tentera Israel terus menghalang pergerakan ambulans dan kru pertahanan awam.

-- BERNAMA-WAFA  

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan