DUNIA > BERITA

Putin Sambut Tawanan Rusia Yang Dibebaskan Di Moscow

02/08/2024 01:26 PM

MOSCOW, 2 Ogos (Bernama-dpa) -- Presiden Rusia Vladimir Putin secara peribadi bertemu dengan rakyat Rusia yang dibebaskan dalam pertukaran tawanan terbesar di Lapangan Terbang Vnukovo di sini, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pertukaran tawanan antara Moscow dan beberapa negara Barat pada Khamis menyaksikan 26 orang dibebaskan, termasuk 16 warganegara Barat dan tokoh pembangkang Rusia.

Rakaman televisyen yang dikeluarkan oleh Kremlin menunjukkan Putin memeluk sekurang-kurangnya seorang lelaki di atas landasan.

Menurut Putin, mereka akan dicalonkan untuk penghormatan negara dan air mata kegembiraan kelihatan pada wajah mereka yang dibebaskan.

Sementara itu, pertubuhan hak asasi manusia Amnesty International menyambut baik pertukaran tawanan dengan Rusia pada Khamis, tetapi memberi amaran tentang akibat daripada perjanjian sedemikian.

-- BERNAMA-dpa


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan