DUNIA > BERITA

Dialog "peluang Daripada Pemerkasaan Pembaharuan China Pada Era Baharu Kepada Dunia" Diadakan

02/08/2024 03:43 PM

BEIJING, 2 Ogos (Bernama-CMG) -- Dialog global bertemakan “Peluang daripada Pemerkasaan Pembaharuan China pada Era Baharu kepada Dunia” anjuran Kumpulan Media China (CMG) diadakan di beberapa negara Asia, baru-baru ini.

Antara negara terpilih untuk dialog itu termasuk Korea Selatan, India, Filipina, Myanmar, Turkiye, Afghanistan dan Mongolia.

Ahli politik, pakar, ahli kumpulan pemikir, ketua syarikat, warga media, dan wakil belia masyarakat tempatan berkumpul bersama untuk membincangkan pengalaman dan peluang yang dibawa pembangunan berkualiti tinggi China kepada dunia khususnya negara Asia.

Ahli Parlimen Turkiye Yuksel Kilinc menyatakan bahawa langkah memperkasakan pembaharuan dan mempercepat pembinaan modenisasi oleh China menjadikan negara itu penstabil bagi orde antarabangsa.

Beliau percaya China sebagai negara yang kuat amat signifikan bagi kestabilan dan pembangunan dunia.

Pegawai Kementerian Pemulihan dan Pembangunan Luar Bandar kerajaan sementara Afghanistan, Tawana menyatakan bahawa beliau telah melihat sistem yang lengkap, peralatan pertanian moden dan teknologi pertanian maju di kawasan luar bandar China.

Beliau berharap dapat membawa pengalaman pembangunan modenisasi China ke negaranya supaya memberikan manfaat kepada rakyat tempatan.

Sementara itu, Naib Presiden Institut Pengajian Strategik Abad Asia Filiipina, Adolfo Q. Paglinawan menyatakan bahawa China di samping menumpukan pembangunan ekonominya, juga tidak lokek untuk berkongsi peluang pembangunan dengan dunia.

Beliau berharap Filipina juga dapat memberikan sumbangan sendiri kepada hubungan dan urusan antarabangsa seperti China. 

-- BERNAMA-CMG

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan