DUNIA > BERITA

Turkiye Sekat Akses Instagram

02/08/2024 05:40 PM

ISTANBUL, 2 Ogos (Bernama-Anadolu) -- Pihak Berkuasa Teknologi Maklumat dan Komunikasi Turkiye (TKM) pada Jumaat menyekat akses ke Instagram, lapor Agensi Anadolu (AA).

Tiada alasan diberikan untuk tindakan itu, namun ia berlaku selepas Pengarah Komunikasi negara itu, Fahrettin Altun mengkritik platform media sosial berkenaan dengan mengatakan ia "secara aktif menghalang orang ramai daripada memuat naik mesej takziah atas pemergian pemimpin Hamas, [Ismail] Haniyeh tanpa menyatakan sebarang dasar pelanggaran."

"Ini adalah penapisan yang jelas dan mudah," katanya dalam satu hantaran di X pada Rabu selepas pembunuhan Haniyeh di Tehran.

"Kami akan mempertahankan kebebasan bersuara terhadap platform ini yang telah berkali-kali menunjukkan bahawa mereka terutamanya berkhidmat untuk sistem eksploitasi dan ketidakadilan global," tambahnya.

Haniyeh dibunuh pada Rabu di ibu negara Iran, Tehran.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan