DUNIA > BERITA

Paris 2024: Berita Ringkas 2 Ogos

03/08/2024 12:34 AM

PARIS, 2 Ogos (Bernama) -- Berikut berita ringkas atlet Malaysia di temasya Sukan Olimpik Paris 2024, pada Jumaat (2 Ogos).

 

GOLF: 

Pemain golf profesional negara Gavin Green menghuni tangga ke-48 daripada 60 pemain selepas mengumpul satu atas par 143 pukulan selepas pusingan kedua kategori lelaki, ketinggalan 12 pukulan di belakang tiga pendahulu bersama.

Selepas melakarkan tiga atas par 74 semalam, Gavin mencatatkan dua bawah par 69 hari ini untuk berkongsi kedudukan dengan Nick Taylor (Kanada), Rafa Campos (Puerto Rico), Nico Echavarria (Colombia), Matthias Schmid (Jerman) dan Wyndham Clark (Amerika Syarikat).

Pusingan ketiga akan berlangsung esok.

 

PELAYARAN:

 

Saingan di Marseille Marina menyaksikan Khairulnizam Mohd Afendy meraih tempat ke-26 daripada 43 peserta dengan 90 mata penalti selepas empat perlumbaan dalam acara single-handed dinghy ILCA 7 lelaki.

Bagi acara single-handed dinghy ILCA 6 wanita, Nur Shazrin Mohamad Latif menamatkan dua perlumbaan berlangsung di kedudukan ke-29 daripada 43 peserta dengan 80 mata penalti.

Kedua-dua pelayar negara akan meneruskan perlumbaan 5-6 esok.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan