DUNIA > BERITA

Djokovic, Alcaraz Berentap Di Pentas Final Tenis Olimpik 2024

03/08/2024 10:36 AM

ANKARA, 3 Ogos (Bernama-Anadolu) -- Legenda tenis Serbia, Novak Djokovic akan berdepan Carlos Alcaraz dari Sepanyol dalam final tenis perseorangan lelaki di Sukan Olimpik Paris 2024 selepas mara di peringkat separuh akhir pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu.

Djokovic menewaskan pemain Itali, Lorenzo Musetti dengan keputusan 6-4, 6-2, manakala Alcaraz menyingkirkan pemain Kanada, Felix Auger-Aliassime, juga dengan kemenangan straight set 6-1, 6-1.

Djokovic, pemenang 24 gelaran Grand Slam akan berdepan Alcaraz, pemenang empat gelaran Grand Slam, dalam usaha mereka merebut pingat emas Olimpik perseorangan pertama pada Ahad ini.

Djokovic pernah memenangi pingat gangsa dalam acara Sukan Olimpik Musim Panas 2008.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan