DUNIA > BERITA

Perenang Perancis Leon Marchand Menang Emas Keempat Di Olimpik 2024

03/08/2024 12:00 PM

ANKARA, 3 Ogos (Bernama-Anadolu) -- Perenang Perancis, Leon Marchand memenangi pingat emas keempatnya di Sukan Olimpik Paris 2024 pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu.

Marchand memenangi acara 200 meter medley individu lelaki dengan catatan rekod Olimpik satu minit dan 54.06 saat.

Rekod sebelum ini dipegang oleh Michael Phelps dari Amerika Syarikat (AS) pada Sukan Beijing 2008 dengan catatan masa 1:54.23.

Scott Duncan dari Britain menduduki tempat kedua dengan catatan masa 1:55.31. Perenang China, Shun Wang memenangi gangsa dengan masa 1:56.00.

Marchand, 22, juga memenangi emas dalam acara 200m kupu-kupu, 200m kuak dada dan 400m medley individu.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan