DUNIA > BERITA

Kritikan Terhadap Petinju Algeria Yang Gagal Ujian Jantina Tidak Boleh Diterima - Presiden IOC

03/08/2024 10:37 PM

MOSCOW, 3 Ogos (Bernama-Sputnik) -- Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach pada Sabtu berkata kebencian dan serangan terhadap petinju Algeria, Iman Khelif yang gagal ujian jantina tahun lepas tidak boleh diterima dan menegaskan bahawa atlet itu sentiasa merupakan seorang wanita, lapor Sputnik.

Pada 1 Ogos, petinju wanita Itali, Angela Carini menyerah kalah selepas 46 saat dalam perlawanan pusingan 1/8 menentang Khelif, dan mengumumkan bahawa beliau akan menamatkan kerjaya tinjunya pada hari berikutnya.

IOC meluluskan penyertaan Khelif dalam kejohanan tinju wanita Olimpik walaupun petinju itu tidak layak bertanding pada Piala Dunia 2023 kerana gagal ujian kelayakan jantina dan  Persatuan Tinju Antarabangsa (IBA) mendapati kehadiran kromosom XY dan tahap testosteron yang tinggi dalam tubuhnya.

“Untuk menghentikan (serangan  itu lebih bergantung kepada anda, daripada kami ... kami bercakap tentang tinju wanita. Kami mempunyai dua petinju, yang dilahirkan sebagai wanita. Kedua-duanya dibesarkan  sebagai wanita, mempunyai pasport sebagai wanita dan telah bertanding selama bertahun-tahun sebagai wanita.

Kami sedia mendengar, kami sedia meneliti perkara ini, tetapi kami tidak akan mengambil bahagian dalam perang budaya yang bermotifkan politik ... apa yang berlaku dalam konteks ini di media sosial dengan semua ucapan kebencian, dengan serangan dan penyalahgunaan ini, dan didorong oleh agenda ini, adalah tidak boleh diterima sama sekali," kata Bach semasa sidang akhbar.

--BERNAMA-SPUTNIK

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan