DUNIA > BERITA

Hamas Mulakan Proses Rundingan Pilih Pengganti Haniyeh

04/08/2024 08:40 AM

GAZA CITY, 4 Ogos (Bernama-Anadolu) -- Hamas pada Sabtu mengumumkan bahawa kepimpinannya memulakan proses untuk memilih ketua biro politik yang baharu selepas pembunuhan Ismail Haniyeh di Tehran.

“Susulan kematian pemimpin kami (Haniyeh), kepimpinan pergerakan memulakan proses rundingan dalam kalangan kepimpinan dan institusi penasihatnya bagi memilih ketua baharu untuk pergerakan ini,” Anadolu memetik kenyataan Hamas.

Menurut kenyataan itu, pembunuhan Haniyeh akan hanya menjadikan Hamas dan penentangan Palestin lebih kuat dan lebih berazam untuk meneruskan tindakannya.

Hamas berkata pihaknya akan mengumumkan hasil rundingan sebaik sahaja selesai.

Haniyeh dibunuh pada awal Rabu selepas menghadiri majlis angkat sumpah Presiden baharu Iran, Masoud Pezeshkian.

Pengawal peribadi Haniyeh turut terbunuh dalam kejadian itu.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan