DUNIA > BERITA

Angka Kematian Di Gaza Meningkat Kepada 39,583, Lebih 91,398 Cedera

04/08/2024 08:04 PM

GAZA, 4 Ogos (Bernama-WAFA) -- Pasukan pendudukan Israel melakukan dua pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga di Semenanjung Gaza dalam 24 jam terakhir, mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya 33 orang Palestin dan kecederaan kepada 118 yang lain, menurut sumber perubatan.

Pihak berkuasa kesihatan tempatan mengesahkan bahawa jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel sejak 7 Okt telah meningkat kepada 39,583 kematian yang dilaporkan, dengan tambahan 91,398 individu mengalami kecederaan, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).

Kebanyakan mangsa adalah wanita dan kanak-kanak.

Menurut sumber yang sama, perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat menjangkau banyak mangsa dan mayat yang terperangkap di bawah runtuhan atau bergelimpangan di jalan-jalan di seluruh enklaf yang dilanda perang kerana pasukan pendudukan Israel terus menghalang pergerakan kru ambulans dan pertahanan awam.

-- BERNAMA-WAFA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan