DUNIA > BERITA

Rakyat Malaysia Di UK Diminta Jauhkan Diri Dari Kawasan Protes

04/08/2024 10:36 PM

PUTRAJAYA, 4 Ogos (Bernama) -- Rakyat Malaysia yang menetap atau berkunjung ke United Kingdom (UK) dinasihatkan untuk menjauhi kawasan protes, sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini serta panduan yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan. 

Kementerian Luar Negeri mengeluarkan notis segera kepada rakyat Malaysia di UK hari ini selepas beberapa siri protes yang sedang berlaku di beberapa kawasan di UK, berikutan insiden tikam di Southport pada 29 Julai.

"Rakyat Malaysia yang belum berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London amat digalakkan untuk melakukannya segera bagi memastikan mereka menerima maklumat dan bantuan yang tepat pada masanya," menurut kenyataan itu. 

Menurut Kementerian Luar Negeri, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London di alamat 45 - 46 Belgrave Square, London, UK atau telefon +44 20 3931 6196 atau +44 20 7235 8033 atau e-mel di mwlondon@kln.gov.my.

Kementerian Luar Negeri melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London, UK sedang memantau keadaan dengan teliti dan akan berusaha untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang sebarang perkembangan terkini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan