DUNIA > BERITA

Vietnam, Malaysia Antara Negara ASEAN Rekod Lonjakan Jualan EV

04/08/2024 10:55 PM

HANOI, 4 Ogos (Bernama-VNA) -- Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) menyaksikan peningkatan dalam jualan kenderaan elektrik (EV) di Vietnam, Malaysia dan Indonesia, menurut Maybank Investment Bank Research (Maybank IB Research).

Badan penyelidikan itu berkata peraturan yang menggalakkan, jenama tempatan dan penembusan pembuat kereta China akan memacu jualan lebih tinggi, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Syarikat ASEAN yang bekerjasama dengan pembuat kereta China untuk pembuatan dan jualan serta firma syarikat rantaian nilai bateri akan mendapat manfaat daripada lonjakan EV, katanya, sambil menghuraikan bahawa mereka disokong oleh sumber mineral dan ekosistem yang berkaitan dengan bateri, serta pangkalan pengeluaran automotif yang besar dan permintaan yang kukuh.

Maybank IB Research juga menyatakan bahawa kelebihan sel bateri secara global akan memberi manfaat kepada ASEAN menjadikan EV lebih berdaya saing dari segi harga berbanding petrol.

-- BERNAMA-VNA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan