DUNIA > BERITA

Paris 2024: China Raih Emas 4x100m Rampaian Lelaki

05/08/2024 09:05 AM

PARIS, 5 Ogos (Bernama-dpa) -- China mengalahkan Amerika Syarikat (AS) dan tuan rumah Perancis yang tampil dengan bintang Leon Marchand untuk merangkul emas dalam pertandingan terakhir lelaki di Sukan Olimpik Paris menerusi acara 4x100 meter (m) rampaian berganti-ganti, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Perenang China, Pan Zhanle pemenang emas 100m gaya bebas dan juga pemegang rekod acara itu mendahului perenang Perancis, Florent Manadou dan menamatkan perlumbaan dalam masa 3 minit 27.46 saat.

Perancis mendahului pada pertukaran terakhir, tetapi terpaksa berpuas hati dengan gangsa selepas Hunter Armstrong juga berjaya mengatasi Manadou untuk membantu AS meraih perak.

-- BERNAMA-dpa


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan