DUNIA > BERITA

Hubungan Timor-Leste Dengan China Luar Biasa - Presiden Ramos-Horta

05/08/2024 02:22 PM

BEIJING, 5 Ogos (Bernama-CMG) -- Presiden Timor-Leste Dr Jose Ramos-Horta menyifatkan hubungan negaranya dengan China sebagai "suri teladan yang boleh dicontohi" dan "luar biasa".

Beliau menyatakan kedua-dua negara akan terus memperdalam dan memperluas hubungan dua hala bersandarkan prinsip saling memahami dan kemuafakatan.

Ramos-Horta amat berharap agar China dapat berkongsi kepakaran dan pengetahuan serta kemahiran dan pengalaman dengan Timor-Leste.

“Saya sentiasa berharap kepada lebih banyak sokongan teknikal yang diberikan China untuk membantu kami (Timor-Leste) meningkatkan output pertanian.

“Selain itu, kami juga memerlukan bantuan berhubung penyelesaian bekalan air supaya memastikan adanya biji benih lebih berkualiti tinggi,” kata beliau ketika diwawancara Kumpulan Media China (CMG).

Beliau turut melahirkan harapan agar China menghulurkan tangan untuk membantu negara itu menangani hakisan tanah serta cara menyimpan air bah dan menggunakannya untuk pengeluaran pertanian, akuakultur dan sebagainya.

“China memiliki pengetahuan dan kemahiran dalam bidang seumpama dan Presiden Xi Jinping telah pun berjanji menyediakan lebih banyak sokongan kepada kami.

“Sebenarnya usaha berkenaan sedang giat dijalankan antaranya termasuk bantuan pertanian. Setahu saya, jurutera China telah sampai ke sini untuk mengkaji projek mengenai sumber air selepas saya menyebut tentang perkara ini dengan duta China ke Timor-Leste,” kata beliau.

-- BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan