DUNIA > BERITA

Setiausaha Agung ASEAN Ketuai Delegasi Ke Mesyuarat Perkhidmatan Awam Di Brunei

05/08/2024 03:41 PM

JAKARTA, 5 Ogos (Bernama) -- Setiausaha Agung ASEAN Kao Kim Hourn akan mengetuai delegasi Sekretariat ASEAN ke Mesyuarat Ketua-ketua Perkhidmatan Awam bagi Mesyuarat Kerjasama ASEAN Mengenai Hal Ehwal Perkhidmatan Awam (ACCSM) ke-22 di Brunei dari 6 hingga 7 Ogos.

 Mesyuarat ini adalah atas jemputan daripada Setiausaha Tetap (Tadbir Urus Perkhidmatan Awam) di Pejabat Perdana Menteri Brunei, Ajman Meludin.

“Kao akan menyampaikan ucapan pembukaan, mengemas kini mesyuarat mengenai keputusan mesyuarat ASEAN lain yang berkaitan dengan ACCSM, dan membincangkan strategi untuk meningkatkan kesihatan mental dan keseimbangan kerja-kehidupan dalam sektor awam,” kata Sekretariat ASEAN dalam satu kenyataan pada Isnin.

Semasa di Brunei, Kao dijadualkan mengadakan mesyuarat dua hala dengan Timbalan Perdana Menteri Kemboja merangkap Menteri Perkhidmatan Awam, Hun Many, yang juga akan bertindak sebagai Pengerusi ACCSM yang baharu.

Kao juga akan bertemu Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perniagaan Amerika Syarikat-ASEAN, Ted Osius untuk mengukuhkan kerjasama sedia ada dan meneroka kerjasama masa hadapan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan