DUNIA > BERITA

Malaysia Pantau Keadaan Di Lubnan, Gesa Rakyat Hubungi Kedutaan

05/08/2024 10:20 PM

PUTRAJAYA, 5 Ogos (Bernama) -- Kementerian Luar Negeri memantau dengan teliti perkembangan di Lubnan.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, kementerian itu berkata ia sedang giat berkomunikasi dengan kedutaan Malaysia di Beirut, Kementerian Pertahanan Malaysia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menilai status dan keselamatan Batalion Pengaman Malaysia (Malbatt) 850-11 yang ditempatkan di Tibnin dan Marakah serta rakyat Malaysia lain di Lubnan.

Ia mengesahkan bahawa sehingga kini, tiada laporan rakyat Malaysia terjejas akibat tembakan baru-baru ini di selatan Lubnan.

Namun, keadaan masih tidak menentu.

Kementerian itu menggesa semua rakyat Malaysia yang bukan sebahagian daripada Malbatt yang memilih untuk kekal di Lubnan agar sentiasa berhubung dengan kedutaan dan mematuhi dengan tegas sebarang panduan dan arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan. 

"Mereka yang belum berdaftar dengan kedutaan amat digalakkan untuk berbuat demikian dengan segera untuk memastikan mereka menerima kemas kini dan sokongan tepat pada masanya," menurut kenyataan itu. 

Kementerian Luar Negeri berkata ia akan terus memantau keadaan dengan teliti dan memberikan maklumat terkini yang perlu bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua rakyat Malaysia di Lubnan.

Ia menasihatkan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau maklumat lanjut untuk menghubungi kedutaan Malaysia di Beirut yang terletak di: Lot 170, Saad Zaghloul Street, Downtown, Beirut, Lubnan atau melalui panggilan telefon di +961 71 380 063 atau +961 76 772 527 atau melalui e-mel di mwbeirut@kln.gov.my.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan