DUNIA > BERITA

PM Bangladesh Hasina Mendarat Di India Ketika Tentera Umum Kerajaan Peralihan: Laporan

06/08/2024 12:21 AM

NEW DELHI, 5 Ogos (Bernama-Anadolu) -- Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina mendarat di pangkalan tentera udara di India pada petang Isnin, selepas beliau melarikan diri dari negaranya berikutan demonstrasi besar-besaran terhadap kerajaannya, menurut media India.

Hasina berada di dalam pesawat Tentera Udara Bangladesh yang mendarat di pangkalan Hindon Tentera Udara India, di Ghaziabad, berhampiran ibu negara New Delhi, lapor Agensi Anadolu memetik saluran berita India Today.

Terdahulu, ketua tentera Bangladesh Jeneral Waker-uz-Zaman mengumumkan kerajaan peralihan selepas Hasina melarikan diri dari negara itu di tengah-tengah protes ganas di seluruh negara.

Pihak berkuasa di Dhaka juga menutup Lapangan Terbang Antarabangsa Shahjalal, menurut akhbar harian nasional Prothom Alo.

-- BERNAMA-AGENSI ANADOLU 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan